Thursday, November 29, 2007

My Lucky Number...12.... (lucky Draw)

MY LUCKY NUMBER ..........:) KUMPULAn AKUSTIKA...........hahah best gak diorg ni nyanyi...

NI pasangan veteran yang paling IDEAL... berdiri sama tinggi duduk sama rendah... di gandingkan dan di paksa berduet malam tu... tapi best la kak farid pun sporting...
pasangan ni lain skit......... jauh2 je... ye lerr laki n bini org tp suara mmg mantap...ehheheh


Haaaaaaaaaaa... ni la saki baki tulang kambing... hehhehe

Malam ni tak disangka-sangka... nombor aku naik pulak nombor bertuah, number 12... kebetulan Kak Farid yang cabut number tu.. TQ kak farid,...muah....hehhe... jarang2 aku dapat. alhamdulillah rezeki.. walaupun hanya hamper pun jadilah... mmg kebanyakan hamper n hadiah2 kecil je mlm tu...sebenarnya malam tu malam tuk meraikan staff2 setelah penat lelah tuk majlis Konvo haritu... yerla masa ni lerr nak membalas penat lelah diorg kot.. bg happening2 sikit... western food mlm tu beberapa ekor kambing bakar.. hehe.. macam ada...mmm malam tu ramai la bakat2 terpendam ber karaoke... tp not bad semua sporting... yang syok sendiri pun ada... huhu... tp cayala... korang mmg best!!!



Sunday, November 25, 2007

my fav....

SWEET je kan ... hihihi



hahahha.. kenal kan... farid kamil la.. saje je.. ntah aku minat dia ni... hihiihi.. jeles lak laki aku.. ala suka2 je.... cute.. hencem.. hahhahah

ina naim.....

MAJLIS KHATAM INA



DEWAN SERI DELIMA

FOTO STUDIO
heheh... saje tengok gambar dia ni. cantik gak kan baju2 dia.... . alhamdulillah bahagia dah hidup dia.... dia pun dgr2 dah berisi... dah 3 bulan pun dia pregnant... moga kekal ke akhir hayat.....aminnnnn


Saturday, November 24, 2007

fiance DR MUZ



.

Kehadiran gadis berbaju batik hijau muda mengiringi angkasawan negara itu ke majlis pelancaran Festival Antarabangsa Batik Malaysia di Esplanade KLCC malam ini, menarik perhatian para hadirin.

Malah, seorang petugas yang melihat kelibat gadis itu memakai pakaian sedondon dengan Sheikh Muszaphar yang mengenakan baju batik berwarna hijau tua, secara spontan berkata: ‘‘Tunang angkasawan negara.’’

Pada 5 November lalu, Sheikh Muszaphar, 35, mengumumkan hasrat berkahwin sebelum 2009.

Justeru, kehadiran beliau bersama gadis berkulit cerah dan berambut ikal melebihi paras bahu itu menimbulkan pelbagai persoalan.

Gadis itu sebenarnya ialah Dr. Halina Mohd. Yunos, 27, doktor perubatan dalam bidang kecantikan (estetik) di PrimaNora Women”s Wellness Centre.

Bagaimanapun, pada majlis tersebut, beliau dan Dr. Halina duduk berasingan di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur.

Mereka juga kelihatan jarang berbual disebabkan Sheikh Muszaphar ‘agak sibuk’ melayan tetamu yang ingin bergambar dan mendengar secara langsung pengalaman beliau berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Utusan Malaysia yang dimaklumkan lebih awal akan kehadiran ‘teman istimewa’ angkasawan negara itu cuba mendapatkan reaksi dan kepastian daripada beliau.

‘‘Saya suka kehidupan peribadi saya tidak menjadi perhatian umum. Saya lebih berharap orang ramai dan pihak media lebih menumpukan kepada kejayaan penyelidikan yang dibuat dan lebih memberi inspirasi kepada program angkasawan,’’ katanya.

Selepas majlis batik itu, kedua-dua pasangan itu, malam ini turut bersama-sama menghadiri majlis mesra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama media di sini.

Dr. Halina ketika ditemui berkata: ‘‘Dr. Muszaphar ialah seorang yang baik.’’

Katanya, mereka bersahabat baik ketika bersama-sama belajar di UKM.

‘‘Keluarga saya dan keluarga Dr. Muszaphar sudah mengenali antara satu sama lain.’’

Sementara itu, Dr. Muszaphar sekali lagi meminta pihak media jangan mensensasikan ‘‘soal peribadinya” itu.

Ditanya adakah Dr. Halina pilihan hatinya, beliau hanya tersenyum.


HEHEHHEE dah takleh ngorat dr muz tau..... sudah ada yg punya!!!!! hahaha

Monday, November 19, 2007

genap sebulan...18/10/07...........18/11/07

hmmm sekejap je masa berlalu... arini genap sebulan tarikh keramat babyku takde... aku redha tp dlm hati kekadng teringat n sedih juga..(hati seorg ibu kan).... tp apakan daya.. kuasa allah melebihi dr segala2nya... hanya dia juga yg maha mengetahui setiap kejadian.... kalo ada time ni my baby patutnya dah 4 bulan.... takpala doa2 harap2 tahun depan ada lg rezki kami... 4 u all guys thanx mendoakan untuk kami.... aminnnnnnnnnnnn

Wednesday, November 14, 2007

outdoor pic...



haha...ni la krew2 kami... aku selaku director dr jauh je... hihi

aik.... fotographer lak yg senget2 badan....
ok... sini skit... sini skit.... haha
suka gambo ni.. yg ni aku yg amik...
langit senja

fulamak tepi tu siap ada back up sampan ke bot lak...

yg ni my hubby yg amik... cun gak kan... takyah nak sewa fotografer mahal-mahal...

haaaa..... tengok ni... berjaya tak gambo2 ni dia mbik... aku dah minat sgt dah bidang ni.. hubby kata leh carik makan la... dia pun minat ... actually ada guna camera dgital n hubby guna olypus... kitorg saje nak try.... lepas majlis ajak acik run kejap gi tepi laut minyak beku... diorg ni pun bagus sporting... tgk gambo2 ni rasa puas gakla...padahal acik aku tu kaku....penatla kitorg settingkan dia bg lembut skit... but acik wana bestla... muka dia ni pun agak fotogenik...so senang la skit...anyway my husband n i enjoy sgt amik foto ni... kalau ada peluang leh biznesss gak nih... cuma takde masa jerr lerrrr..........

my Uncle wed... (Pak usu)

sementara nak tunggu pengantin bersiap kitorg singgah surau dulu sbb sanding around lepas zohor.. sempat posing...:P (baju from indonesia... shopping masa inacraft jakarta tahun lepas..dah leh pakai kebaya balik :P.....hihi)
my niece.. atira & nabihah... kebetulan lak baju diorg ni sama lak ngan color baju aku... mmm sure org igt diorg ni anak aku.. haha... tak pe lerr pinjam kejap...
our pengantin


ha tengok tu... sampai masa nak makan beradap pun budak ni melekat dah ngan aku... hehehhe... kang aku culik gak bawak balik kl .. meraung mak dia kang.. yg sebelah tu of course my lovely mummy...luv u.... muah muahhh....
senyum gembira ... alhamdulillah....


Ni lerr gambo2 masa wedding pakcik aku last week... nama je pak usu tp lebih muda dr aku... hehehhe.. tp dia ni ok mmg best selalu tak lokek ngan kitorg anak2 buah dia ni yg dah tua bangka dr dia... hahaha... we called him achik awang walo pun nama sebenar dia mohd fairus... ntahla dulu2 atok aku bg nama manja kat dia kot.. maklum la anak lelaki dia 2 org je... yg lain 7 pompuan adik beradik mak aku.. so semua sekali 9 termasuk acik aku yg bongsu ni walopun mak diorg lain.. ok la kenduri ni .. sederhana je.. auntie wana ni pun muda dr aku.. tp apapun kitorg tetap panggil dia acik wanna...hahah
sabtu tu hantar pengantin belah pihak pompuan then ahad baru kenduri umah atok aku.. so letih la jugak... isnin lak kursus 3 hari kat bangi.. adoiii kelam kabut gilerr minggu ni.. tp apapun alhamdulillah semua dpt pegi... nti aku upload lg sekitar majlis diorg ni.... tunggggggggggggggggguu.... hehhe:)

Tuesday, November 6, 2007

DR Muszaphar kahwin sebelum 2009











BUkan sahaja pompuan kat malaysia minat kat dia ni... pompuan2 rusia pun dah syok sama dia... hehehehhe.... tinggi la salam sheikh ni... hihihi


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha hari ini mengumumkan untuk menamatkan zaman bujangnya sebelum 2009.
Bagaimanapun, doktor bedah ortopedik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) itu tidak memberitahu siapakah gadis pilihannya.
‘‘Saya kini sudah berumur 35 tahun. Saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya berharap untuk berkahwin sebelum 2009,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ditanya mengenai calon pilihannya, Sheikh Muszaphar berkata: ‘‘Ia adalah kehidupan peribadi saya.’’
Sementara itu, dalam ucapannya, Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak mengambil serius sindiran segelintir pihak terhadap kebolehannya.
‘‘Biarkan mereka kata apa sahaja... tetapi saya diiktiraf sebagai angkasawan oleh kerajaan Rusia dan juga Malaysia malah rakyat negara ini juga mengiktiraf saya sebagai angkasawan pertama negara.
‘‘Dengan doa semua orang, saya berjaya menjejakkan kaki ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS),” ujarnya.


Nampak gaya sesapa yg nak jadi calon tu cepat2 la gi bertanding .... kena tau taste sheikh tu... hihihihi.... dia ni mmg hencemm.. cepat lerr rebut peluang.. nsb baikla aku ni dah kawin.... hikhikhik....





Monday, November 5, 2007

TUN DR M KITA....alhamdulillah dah sihat...




still look hensem tun ni..... wajah TUN dah nampak uzur... makin susut tubuh bdn.. ..... takpela yg penting kesihatannya semakin pulih ..dan isteri tercinta sentiasa disisi kemana jua dia pegi.... we LOVE u TUN mahathir....



pic : ihsan minaq jinggo

persandingan erra lg...




next ur turn NING.....:)



Venue : Kampong Pengantin, Jalan Ampang, Kuala Lumpur..... banyak kali tul diorang ni sanding....

KUALA LUMPUR: Selepas selamat dinikahkan pada malam 25 Oktober lalu, aktres jelita Erra Fazira dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin mengadakan majlis persandingan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Kampung Pengantin Kuala Lumpur, Ampang, di sini, malam ini.

Majlis yang dikelolakan oleh pihak lelaki ini dihadiri oleh kira-kira 1500 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan dan juga rakan artis.

Antara rakan artis yang hadir pada majlis yang bermula kira-kira jam 8.50 malam itu adalah Zahida Rafik, Ning Baizura dan Azwan Ali.

Bertemakan garden wedding, Erra kelihatan anggun di dalam busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry berkonsepkan victorian serta aksesori tajaan Rafflesia, manakala Emran pula segak dengan baju melayu berkot dengan warna sedondon yang juga rekaan Putra.

wedding Erra lg...

bersama tetamu VIP mereka...

gaun pengantin erra from back....


emmm tak lama lg diorg ni pulak punya turn kot... heheh.. linda...linda... lagi nak menafikan,....
yg ni sememangnya dah sah...makin berisi datin seri kita,... takpe.. asal datuk sayang dahla kan...


Sehari selepas majlis pernikahan Engku Emran dan Erra Fazira, satu majlis khas
telah diadakan bagi meraikan keluarga dan rakan yang banyak membantu menjayakan
majlis pernikahan mereka.
Majlis yang berkonsep "Perkahwinan Dalam Taman' itu telah diadakan di sebuah
restoran mewah di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur..... apapun semoga bahagia yerr erra....
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah