Wednesday, November 30, 2011

mika's pyjamas...

 baju budak-budak ni memang geram tengok kan..
ni aku anak llaki..
kalau anak perempuan lagi la..
macam-macam aksesori boleh di beli 
Nak bagi anak cute dan comel bila memakai..

aku suka tengok mika pakai pyjama.
cute je rasa
takat ni takde la byk sgt pyjama dia yang jenis baby Gap ni.
adala 4 pasang..



 ada yang beli online ada yang beli di kedai..


 yang ni baju FAV MIKA..
sebab ada BOLA kat baju dia tu..
nak taunya dia pilih sendiri baju ni...
masa beli aku tunjuk 2-3 helai baju kat dia...
dia ambil baju kuning ni terus tak lepas..
nak gi bayar pun meraung nak suh cashier tu tag harga.. adoiila anak


 dia peminat bola... apa-apa bola pun takpe...
mika juga suka sangat warna KUNING..
sikit-sikit dah nampak apa yang menjadi fav dia..




Happy la sangat bila pakai Baju BOLA dia tu.......


 duduk tak boleh blah.. dah mcm orang besor je gayanya...



tengok hujung tu bola dia pun kuning...
mata tengok perlawanan bola gak..
kalau kami tengok bola dia cekup2 tangan dia kat TV kalau boleh nak ambil bola tu yang dalam TV


mika nak ganti safee Sali ke? or khairul fahmi? hahahhaha

Tuesday, November 29, 2011

Bila dekat gaduh... bila jauh... rinduuuuuuuu!!

 Yang jauh dirindu 
bila dekat tah apa jadi...
icha rapat ngan mika (danish)
sbab ni je la sepupu yg ada.. 
macam adik beradik
sayang sgt2.. 
tapi gaduh-gaduh jugak..

yang si abang ni pun satu
kalau barang dia kemain kedekut bg kat adik
kadang2 tolak adik..
kadang-kadang sayang adik..
adik pun boleh tahan.. 
ajak abang main... abang taknak dia ngamuk
masing2 ada perangai.. ihihi

yang pastinya buat kami terhibur

 pic icha sebelum mereka balik.... abang buat muka seposen jek.. icha tunjuk mood yang baik...



 icha tunjuk muncung.. abang jelir lidah....

 abang mula nak boring

 tengok keletah icha


 si adik respon baik je... pompuan mmg suka pose kot.. heheh


 abang dah mula buat don't know.. adik kenyit mata...



 last amik pic adik lagi baik.. respon tetap senyum....... manis je...

 abang???
hmmm abang buat dek... adik pun naik boring... mika ni suka gilerr bola... tido pun pegang nak mandi pun nak bawak.. semua nak bola.. byk dah bola dia kat umah tetap berhenti terpacak kalau jumpa kedai yg ada BOLA.. huhuhu


rindu budak berdua ni.. bila la kita nak berkumpul lagi.......... kan seronok bila orang2 tersayang sentiasa ada di sekeliling kita.. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii... apakan daya..... :(

Tahukah ANDA??? Ultraman pakai PAMPERS??!!

 Melihat keletah dia kadangkala tak terjangkau dek akal...
ada je perkembangan yang kita sendiri tak jangka..
Otaknya sentiasa berputar melihat keadaan keliling dan meniru apa yang berlaku
Itula dunia kanak-kanak...

Walaupun sudah 2 tahun 3 bulan lebih..
mika belum boleh bercakap dengan jelas atau di fahami sangat..
ada beberapa perkataan je yang dia boleh..
tapi dia tau apa yang kita luah kan pada dia..
dan kadangkala terjemahan tu diluahkan dengan perbuatan..

keadaan meniru apa yang berlaku di sekeliling di terjemahkan dengan perbuatan di peringkat ini..
malam tadi kami terkejut melihat aksi dia..
rupanya apa yang mama & papa buat kat dia dia dah tau...
tengok saje la ni...


kesian ultraman jadi mangsa... hahah
walaupun demam dia tetap dera ultraman dia..



 hubby terjerit2 panggil aku di dapur suruh tengok apa anak bujang dia buat.... whoaaaaaaaa tabur bedak kat tut otomen.... hahahha


 
 rupanya dia dah pandai putar bedak tu... abisla jahanam.. kena sorok bedak lepas ni....


dah sapu bedak ok tutup dulu nanti bedak tumpah plak...



 
 sapu-sapu bedak dulu...



Step seterusnya... ambil pampers... ok tomen angkat bontot mika nak balut awak.... Tengok tangan dia beria angkat kaki otomen tu...





ohhh pampers macam terbalik je tu.....




 ok balut la... otomen dah wangi...




hahahhah nasib ko la otromen.... bahan kajian mika....



memang gelak la aku ngan hubby tengok keletah dia.. camana mama pakai kan dia pampers camtu la dia buat kat otomen... cuma dia tak pandai bukak gam pampers tu jek la... dah sudah di humbannya ultraman tu ke bawah katil... Budak lelaki faham-fam je la... kui kui kuiii


mama terhibur dengan keletah kamu... LOVE u so Much sayang!!!!

Monday, November 28, 2011

Semalam Riuh...Hari ni dah sunyi.....

 Masih belum terlambat nak ucap

SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH...

Doaku..
Semoga  tahun ini lebih baik dari tahun sudah dan semoga  aku  menjadi muslimah  yang lebih taat dengan perintahnya...aminnnn

awalnya  plan nak balik kampung ada kenduri arwah atok..
Tapi last minit tak  jadi sebab hubby ada race basikal kat putrajaya
bila aku tak balik adik call  nak datang rumah..hati sangat happy  bila kaum kerabat nak datang kan.. 
bukan ramai pun adik aku  anak beranak je..

paling happy budak ni


 heheh malu-malu......
alesya paling  suka sebab jumpa abang danish....
buah hati dia...



Riuh  rumah aku 2 hari ni..alesya ngan danish
Kejap kang bergurau..kejap  main sama-sama..
kejap bergaduh... riuh rendah tapi happy...


pagi ni.. mereka dah bertolak balik..
maklumla cuti  sekolah takut jalan jam..
sunyi kembali rumah aku...
rindu kemeriahan  yang sementara tu....

bulan depan maklong  balik kampung plak ya...


Friday, November 25, 2011

Sesi mem"blink-blink" Baju

 Projek baru aku..


Before ni aku jahit manik.. tapi nak ubah selera...

menampal batu-batu lak
Beli batu swaroski ni  & tampal kat baju..
sebelum ni aku beli n tampal kat kedai je..
Tapi sebab aritu nak pakai aku buat sendiri je la..

 
 Swaroski Putih saiz sederhana

 
 30 biji RM 10.50.. aku pilih putih supaya naik warna n senang nak match..


 Baju ni baju batik.. baru siap.. bunga-bunga tu nampak kosong.. so aku letak la batu- batu ni...


 dalam pic dia tak shining la.. tp sebenar dia berseri gak...


 Satu bunga seketul satu.. tu pun penuh bahagian depan baju je aku buat...


Lapik dengan kain.. baru tekap ngan seterika - ni pun kakak kedai batu tu ajar aku.. huhu tq kak..



 pic tak jelas la.. lupa snap overall baju..sekuntum satu batu... susun menaik .. tak semua ada batu.. ok la tu.. janji mata sendiri tengok cantik.. dah selamat pakai pun baju ni semalam sebab hari khamis kan kena pakai batik (gov maaaa).. lagipun semalam aku ada acara ke MUZUEM NEGARA semalam..  sesekali baju baru .. huhuhu



Warna baju ni kuning terang ang ang sangat... hahah takpela warna cerah nampak muda kan.. perasan jap.. :P

Thursday, November 24, 2011

Panduan Mendidik ANAK!

Berguna untuk diri aku sendiri.. 
dan mau share kepada semua...




PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi ISLAM, yahudi, nasrani atau majusi”


pedoman untuk diri sendiri........
Apa yang aku lakukan.. setiap hari akan Mencium Mika sebanyak kali yang mungkin... dia tengah tgk tv aku cium pipi dia.. dia sedang bermain aku mencuri2  cium pipinya.. dia sedang tidur aku cium pipinya... dan apa jua keadaan aku akan pastikan aku akan pastikan ciuman kasih syg pasti ada...

Uztaz ada kata.. ciumlah anak setiap hari sebanyak yang mungkin dengan ciuman kasih sayang supaya hati anak akan  sentiasa ada kedua ibu bapanya .... ciuman kasih sayang yang ikhlas itu juga ALLAH ganjarkan PAHALA...



Apa kesannya pada ciuman yg aku beri pada MIKA???  aku sendiri dah dapat RASA... contohnya Bila aku tengah tengok tv dan dia sedang bermain.. dia datang dengan sendirinya dan mencium pipiku tanpa di PAKSA atau DISURUH.. sesunggunya apa yg kita buat itula yang anak BALAS... indahnya nikmatmu ya ALLAH....

Vokal Bukan Sekadar RUPA!!!


 1.2.3 test...test...
walaupun saya kecik jangan ingat saya takde suara
tapi pic dibawah ni  jangan ingat pula sy menyanyi...
semua pic di bawah adalah saya MENJERIT-JERIT sahaja..
hahahha..
,mika....mika....





 bukan  sekadar jerit..sian mic tu kena ketuk2 juga...





Kalau bawa g karok.... mic akan dia pegang tak bg orang..bukan nyanyi...  tapi  dengki nak pegang  sampai sudah (SAMPAI BALIK)...grrrrrrrrrrr anak bertuah!




SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!


SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.




3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Wednesday, November 23, 2011

Patutla sunyi.......

Biasanya petang balik dari nursery aku mestikan bukakan mika TV
Masa tu la dia nak layan kartun.. upin ipin TV9 6.45 ptg
bukan saje bg dia ngadap tv..
Masa tu la aku nak berkemas, nak mandi segala bagai..
Kalau tak bukakan tv mula la dia buat keje lain takpun merengek itu ini

semalam aku mandi aku biarkan dia sendiri tengok tv.
selalunya kalau 5 minit tgk aku takde mula la memanggil takpun ketuk pintu bilik air...
tapi semalam agak pelik.. apesal budak ni senyap jek...
rupanya...
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

..

.




Lorrr dia dah membuta.. mimpi sampai ke china... ni mesti kat nursery tak tido siang... penat sangat la tu

dia tido kul 6.50 sampai ke 10 malam..

lepas tu masak la melayan ..
bangun-bangun terus bersilat..
aku mata dah ngantuk .. makanya papa dia la melayan sampai 2.30 pagi baru tido..
tah apa 2 beranak tu buat pun tak tau..
sebab maknya dah belayar dulu... hihihi


bahaya kalau dia tido awal.. tengah malam bangun dia bermain.. huhuhu




Tuesday, November 22, 2011

Tak sabar nak jumpa "DHIA" petang ni

 Sape follow citer ni?? sila angkat kening... 
heheh bukan den nampak pun

Tentang Dhia" drama TV3 kul 7 hingga 8 mlm tu
Aku follow dari memula..
dan semalam ada adegan best bila hero dah  bertemu heroin...
My Fav ADYPUTRA... & NORA DANISH yg cute tu...
so tak sabar nak jumpa DHIA & ZIKIR petang ni.. hihi




 tak tau apa kesudahan mereka ni..


yang pasti nya aku akan follow sampai abis kalau tak memboringan...

bawah ni ada sinopsis citer "TENTANG DHIA " ni

SINOPSIS TENTANG DHIA
Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.



Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir? kita tengok sama-sama..


Semua orang citer pasal harimau Malaya hari ni kan.. takpela i citer esok.. khekhekheee

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah