Tuesday, August 31, 2010

Salam merdeka!!!!

Salam merdeka semua... mode baru balik dr kampung semalam.. masih penat.. nak ucap selamat hari merdeka...

Syukur padaAllah kita dpt hidup aman damai dengan apa yg ada hari ni.. masih bernafas dan hidup selesa tidak seperti negara2 lain yang serba kekurangan dan kucar kacir...




Nak tayang my niece yg dah mcm apple ni.. aku panggil dia big apple.. geram betul tengok pipi dia yg sangattembam.. tak caya tengok dia dah tembam ni.. masa lahir alahaiiii tak sampai 2kg...
alesya tembam.. geram aku... mika plak keje nak tepuk2 muka dia.. geram sgt kot... alesya pun pandai angkat tangan merdeka ya.... hihi

Thursday, August 26, 2010

ConTeST SENyuMan @ HaPpy BIrThDay FarIsyah

Jom kita join contest senyum sape yg cute.. contest ni anjuran JuE-aNNa FaUZiE

sape nak join sila klik banner bawah ni ya...




So ni dia gambo my son yg sengih masa dia takde gigi lg ni...

Nama : Muhammad Danish Mikhail
umur : 1 tahun 2 minggu


Nuzul Al-Quran - Esok Cuti yea......

Esok sempena Nuzul Al-Quran kami keje di Selangor cuti.. tak silap aku 7 buah negeri gak pun cuti sama... negeri Selangor,Pahang,Perak,P.Pinang,Perlis,Kelantan& Terengganu shj.. ni kalau tak silap la kan..

So malam ni aku nak cau balik kg.. isnin aku sambung cuti.. kalau ikutkan 5 hari la aku cuti sampai 31 ogos hari merdeka.. tp isnin hubby kata dia ada keje lak.. spoiled jek.. takpela cari rezki kan...bestnya balik kg.. sebab raya ni aku kena raya perak dulu.. so harusla aku jumpa mak abah aku dulu.. hih baru aci kan... tak sabau rasa nak berpuasa kat
kg.. mesti meriah makan ramai-ramai... balik ni kemas baju segala .. ni pun hati rasa dah kat kampung dah..


Meh kita share info hari nuzul quran ni.. dpt dari SINI

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).




.

Mika bertarung dengan ubat

Malam td kami pegi lg atas appoiment yg doc bg semalam.. lepas berbuka di jln ampang terus ke Pusrawi.. sampai-sampai tunjuk surat appoiment terus ke belakang.. mika sedia nak kena sedut gas... meh kita tengok...


2 orang nurse tengah pujuk-pujuk dia... dia pun elok je dia lg masa tu.. nurse semalam pun dah kenal mika.. "ooo adik yg menangis semalam ek, hari ni nangis lagi tak?" so mereka dah kenal n tau camana kejadian hari sebelumnya mika terjerit2 meraung 1 bangunan leh dengar...

oleh kerana nurse dah tau mika ni kuat meronta.. mereka siap2 nak bedung mika dulu sebelum letak nebulizer tu...


masa ni still ok.. nurse dah tinggalkan kitorang tunggu dia n kawal sendiri....

Masa ni plak dia dah mula tengok muka aku.. tengok muka hubby.... dia senyap adala dlm 4-5 minit kot.. lepas tu start meronta...

Tengok baring pun dah senget dr tempat asal. dia dah mula meronta.. selepas amik gambo ni.. dia meronta kuat.. abis terbarai kain bedung tu.. ubat pun tumpah sket.... kuat betul mika ni...tak padan kecik ngan kudrat yg dia ada...

lepas tu jumpa doc.. doc cuma pesan kalau leh jgn tido beraircond sgt, jangan bg benda2 sejuk.. kalau batuk lama paling kuat pun 2 hari kena terus bawa g klinik.. alat penyedut gas tu pun dia suh kami bw balik.. lenkali dtg leh bawa n guna.. kalau tak kena bayar lain plak..

hari ni dia beransur ok.. cuma dia masih batuk... mcm2 aku pesan kat bibik suh tengok2 dia... hmmm tima kasih semua doakan mika ya...

Wednesday, August 25, 2010

Takde bonus tp dapat duit raya rm500

Klik SINI... untuk berita lanjut

Jadila kan.. rezki tu.. syukur. alhamdulillah.......


berita dipetik dari BERITA HARIAN ONLINE....Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada
kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

...Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA

Susah Nak Update

Seharian melayan mika arini... tak mau tido... kemas umah sambil layan dia.... batuk dia alhamdulillah dah kurang.. cuma nafas masih berbunyi-bunyi... kahakmasih tak kuar... mata layu je...merengek gak dia...


Melayan citer upin ipin.. fav dia dari dulu.....

khusyuk tgk upin ipin


Tak puas hati tgk jauh wahh makin dekat... abis keyboard lappy ditekan2...

dah boring layan tv lak....


bila asik nak memanjat sana sini aku kurung dlm ni plak... risau jatuh jek


haaa mainla dlm ni.. tp tak lama nagis2 nak kuar...huhuhuh.. k dia dah menjerit nak minta amik dia.... huhuh


Berita baik & berita sedih semalam

Akhirnya aku cuti arini... mika baru bangun kul 11 pg,... kena ubat antibiotik terus pengsan tido.. hihihi... terima kasih semua doakan mika sihat..

Berita baik semalam tentang kelahiran org baru.. dan berita buruk tentang kematian bapa saudara....


Tengahari smalam aku dpt call dr hubby.. beritahu pak lang dia dah meninggal dunia akibat strok... dalam kul 2 aku bergegas balik... balik tu plak takleh terus nak g melawat... nak kena bawa mika dulu ke hospital pusrawi.. time tu la dia kena sedut gas...

Dah kebetulan ada kat hospital kami pegi melawat anak buah hubby yg baru dpt baby.. cucu yg ke 8 aku.. hahah rasa tua la kejap bila aku dah kena panggil nek uda.. adoila... pasrah jek..

lepas melawat n check up mika.. kami berbuka ppuasa lepas tu mlm baru dpt g ke rumah pak lang.. mmgtak sempat nak tgk masa jenazah dikebumikan.. diorg kebumikan lepas asar yg masa tu mika tgh bertarung kena sedut gas.. abg ipar call dia kata semua dah selamat siap kebumikan dah.. so mlm je la kami melawat kuarga arwah pak lang...

masa kami g melawat tu aku nampak sesorang yg mcm kenal.. rupanya SAARI AMRI.. yg pencipta lagu tu.. hubby kata dia anak angkat pak lang.. masa memula dia dtg KL pak lang la yg bela dia jd anak angkat... oo baru aku tau.. kata hubby gak dia penah support pak lang g umrah ngan titik peluh dia.. bagus gak kan mengenang jasa dia...




Anak buah hubby yg baru dapat baby.. masa ni dah nak kuar wad dah sib baik sempat jumpa... anak dia sorang lelaki n 2 girl.. baby baru girl.. yg kakak tu baru 3 tahun tp badan dia besar mcm budak 5 tahun...

baby baru ni sgtla tembam.. lahir 3.33kg... Terkenang aku bila masuk wad ni balik.. sini la dulu aku berkampung punya lama... ada gak lg nurse2 yg aku kenal... diorg cam tak caya tgk mika dah 1 tahun... kejap je kan masa berlalu...


Ka

Risaunya Bila anak sakit....

Pagi ni aku serba salah nak pegi keje ke tak... baju dah siap iron, masa sembahyang subuh mika dah batuk2... lepas semayang aku bg ubat.. tp dia tau.. dia tak nak mkn ubat seboleh2nya.. kena paksa...

Petang semalam aku dah bawa mika g klinik..sebab dia batuk susah nak tido mlm semalam... demam pun ada sket.. ingatkan nak g amik injection untuk setahun.. tp kalau demam doc tak bagi...

Bila doc check pernafasan dia. doc suspek mika mcm nak kena LELAH.. doc tanya kuarga kami ada tk yg kena lelah... belah hubby tak pasti sgt... kalau belah aku, mak abah mmg takde... tp mak long aku anak beranak ada lelah....tp tak ke dah jauh hubungan tu kan....mmm tak tau la...


Sudahnya petang semlm doc suh mika sedut gas.... 10 minit pertama mmg ok.. dia main2 ngan nurse .. senyum2 walaupun pakai alat sedut gas tu... lama2 dah mula tak selesa... dia meronta... meraung minta lepas... sampai nurse ambil kain terpaksa bedung dia... sebab nak abiskan dia sedut ubat tu... tp dia punya kuat 3 org nurse pun tak terkawal... sudahnya aku la yg kepit badan dia...

Lepas aku tukar lak hubby.. tp pun tak berjaya.. akhirnya aku gak yg kepit badan dia... sengal sebelah tangan aku...kuat betul dia meronta.. yg paling tak tahan dia nagis sampai tersedu sedan masa sedut gas tu.. aku lak yg nak nagis tengok dia.. mcm kena dera... dah nak wat camana nak bg dia sihat kan...



td lepas bg ubat ada kuar sket kahak dia.. kuning betul..bila dah makan ubat.. kahak tu dah mula longgar dan boleh keluar sket.. kalau tak aku dengar dia batuk mcm kering sgt tekak dia....

Doc siap bg aku alat penyedut tu untuk aku bawa balik umah tau.... tp malam ni aku kena bawa mika g pusrawi lg.. kena sedut gas lg.... masih dalam dilema nak g keje ke tak...

hubby suh aku cuti je nak pantau tengok pernafasan dia camana hari ni... mlm ni doc nak check lg... mama doa mika cepatla sembuh.. risau hati mama....


Tuesday, August 24, 2010

Kereta Pelik

Lepas shopping2 malam tu dalam kul 9.30 kitorang nak balik dah.. sampai kat kereta.. dari jauh aku dah nampak sesuatu.. tgk berkali2.. mata aku ke atau aku mimpi...

Cuba tengok ni...


Banyak giler menan miniature dia lekat kat keta dia... kat belakang tu sampai camtu ha.. geli plak bila ku tgk byk2 berkerumun mcm tu.. sementara hubby loading brg aku pun snap2 ler....


Bukan takat kat belakang tau.. kat depan.. kat tepi2 pintu.. kat dalam keta.. banyak gileer
Aku rasa dah bertahun orang ni kumpul.. kebanyakan kan toys2 dr McD yg kita boleh dapat kalau beli happy meals tu.... rajin tul kan dan sanggup dia korbankan keta dia demi hobby... mcm2 da....

Parenthood Expo - Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)

Hari ahad kononnya nak g cari handbag kat mid valley... lgpun dah lama tak kesana...pegi pun dah kul 4 lebih.. agak lewat n plan berbuka kat sana.. sib baik hubby nak pegi.. sebab dia selalunya malas nak ke midvalley ni, susah nak dpt parking faktor utamanya.. memang betul pun kan...

Kami round2 jusco, metrojaya dlm tu.. tp handbag yg aku cari tak dapat n tak berkenan... hmm time na beli selalu tak kenan,, nti time taknak or poket kering time tu la pulak berkenan.. hmm leceh tul...

masa jalan sana sini tu nampak setiap stroller ada belon Parenthood exhiobition .. kami pun gerak ke exhibition centre kat atas.. belah kanan kebanyakan jual brg baby made in malaysia yg belah kiri yg imported...

ramai orang.. mcm2 sales ada.. tp aku cari mana yg aku berkenan je...

Sudahnya ini yg aku dapat.. ok gakla murah kalau nak banding yg kami nak beli kat jusco tu.. swimming suit dak kecik ni.. papa dia sibuk nak ajar swimming... sib baik dpt warna yg aku kenan dan kebetulan tinggal 1 n elok pulak ngam size mika... suka sgt aku tgk dia pakai.. nampak perut dia buncit.. hahahhaha cekciiiii... mama belikan gak books ABC dan alif ba ta...


Papa dia plak belikan dia puting baru.. design baru imported... papa dia lak yg over memilih puting mika ni.. puting raya katanya.. hahah lawak.. org nak berhentikan dia isap puting papa lak makin belikan baru... tp yg aku suka puting ni agak panjang saiz muncungnya... mika tak selesa.. kejap dia isap kejap2 dia buka... harap2 inilah puting terakhir mika... puting lain aku nak sembunyikan.. biar puting tu je ada... nanti kalau tak sedap kan dia tak isap.. harap2 leh putus la dia isap puting tu nanti....


Monday, August 23, 2010

Mika Artwork



Hari sabtu aku n hubby mengemas umah.. ptg tu plak kami berbuka kat sg. buloh umah abg ipar aku... pepagi tu abis semua kami kemas,... yg mana tak pakai kami buang.. kami revate sket dapur bg ruang selesa nak masak... hubby aku amik meja lama yg dah patah then dia gergaji papan tu nak letak buat para... aku tengok jerla..yg tak kena aku tukang komplen.. hahahhah


Anak bertuah ni pun buat keje masa kitorg mengemas...


dia jumpa marker pen papa dia buat ukur tu, di belasah conteng atas belakang meja yg kena potong tu....

Hubby kata biar je.. kita tengok apa dia nak buat.. ahhah hubby tu tak sudah2 semua nak suh mika ikut jejak langkah dia.. dia kan artist painting.. dulu study fine art... mika pun tau2 je pen tu nak guna buat apa.. diconteng2nya board tu.. kdg2 terlepas pndang dia conteng tangan dia..



Aku nak amik pen dia marah.. hahah mana taknya dah puas conteng meja tu dia nak conteng tikar kat lantai.. ohhhhhhhhhhhhh tidakkkkkkkkkkkkkk!!1 nanti mama jd tarzan kang...


so inilah karya pertama mika.. biar papa yg terjemahkan... ehheheheh.. papa kata dah nampak nilai seni line drawing.. hmm tah apa2 la.... dia je yg paham apa dia ckp.. :P

pagi ni bz gilerr nti update citer smlm jln2 kat midvalley...


Friday, August 20, 2010

Result Pemenang Refferal Tertinnggi

Ade sape2 kenal dgn wajah ini??????


Sebelum tu sy nak minta maaf ngan tuan punya badan sbb cilok gambo dia kat blog dia... jgn maree ehh kalau mare sy bg hadiah....

Ada sape dpt jawab tak??

Sape lg kalau bukan ZAIKULIM... akak yg paling rajin n glamer join contest.. tak rugi banyak join contest kan.. kalau salah 1 sangkut kan rezeki... Tahniah buat ZAIKULIM.. jumlah refferel yg dia dpt sebanyak 8 orang... yg lain ada juga yg banyak tp antara 4-5 shj... so pemenangnya adalah terus kepada beliau dan tiada saingan setara...

Pada akak zai... emailkan sy alamat ya... akak dpt hadiah hanger cotton english tu ya...

Pada yg lain peserta giveaway yang tak berjaya sila babap manja mika sebab tak cabut nama anda.. heheheh gurau je... ok berakhir sudah penantian Mika 1st Birthday Giveaway ni... jumpa lg di lain contest yg sy akan buat insya allah kalau ada rezki ya.. (doakan sy murah rezki) hihihi TQ semua.....



Pemenang Refferel Tertinggi...

Jap tunggu 2-3 minit ya.. mama mika nak abiskan kita... hehehehhehehe

Dan Pemenangnya adalah...^%&^^%*(&)(&)

Huhuuuu sabar ye puan-puan.. mummy2 n kakak.. mama mika buat suspen n tertunggu2 je...

So Giveaway ini telah di adili sendiri oleh my Birthday Boy

mai kita tengok sape yg kena.................
.
.
.
.
.
.
.
.
Cabutan pemenang pertama (1)


Nasib baik mika amik 1.. dia amik ngan tangan kanan dan letak plak kat tangan kiri... sambil tangan kanan nak amik yg lain... huhuh nama sape tu mika????

yeah... mika cabut nama ??? auntie ANIN

Nama kedua pula....


Dengan eksyen nya dia nak buka nama tu.. mcm pandai baca je kan... meh mama tolong bacakan...

Usharappa adalah PEMENANG KEDUA...

Dan nama Terakhir...

Amik lg letak kat tangan kiri.. dah abis dah mika takyah cabut lg lerr... tangan kanan menggodek kertas tu lg..


PEMENANG KETIGA Zura Merrygoround

Tahniah pada semua pemenang ya.. sila emailkan alamat anda untuk urusan penghantaran hadiah.. email kpd : shinbi3@gmail.com


Terima kasih pada semua yg memeriahkan my Giveaway ni.. insya Allah ada rezki sy buat lg... pd yg tak berjaya jgn sedih manatau ada luck pula di masa akan datang...

Petang ni sy umumkan pula siapakan Refferel Tertinggi ok... huh nak juling biji mata cari sorang2 refferel.. huhuhu


Cuba Teka Yang mana Mika Cabut

Nama peserta giveaway mika dah siap di potong...


Jenuh aku nak menggulung nama2 ni tau.. banyak... sambil tengok tv sambil tu tangan berjalan... tak perasan mika amik kertas n makan.. dan masa ni gak la aku menjerit bila mika gigit jari tangan aku... sebab aku nak kuarkan kertas dari mulut dia.. gila punya sakit sampai sengal jari aku.. kuat sungguh dia gigit ngan gigi tajam 4 batang tu...


Siapa agaknya ya.. mika bersemangat mencabut nama...




Wah siap gali2 bagai ya... nak pilih nama sape mika???


nak gali lagi.. tak puas hati...


Sudahnya dua2 tangan dia masuk sekali puas hati... hihi tp nama 3 pemenang tu dah pun ada di tangan mama.... jeng jeng jeng........... suspen sket





Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah