Friday, April 30, 2010

ShortCut ke Giveaway mamamika..

THIS ENTRY STICKY MODE.. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK N3 BARU

Sesape nak join contest nak baca syarat2 sila klik banner ni je yer.. malas lak nak tgk entry panjang tu untuk wat sticky mode .. . so banner ni je yg jd sticky mode..

Sape nak join klik kek ni ya.. tq



TARIKH TUTUP CONTEST PADA 30 APRIL 2010


Last Day giveaway mamamika..

Hari ni 30 April tepat jam 12 mlm contest visitors tertinggi dan lucky draw giveaway akan di tutup.. sape2 yg belum join lg boleh sertai sebelum 12 mlm ni... insya allah next week akan diumukan pemenang dan akan di pos kan hadiah2 tersebut... so jgn lepaskan peluang ..


Senarai peserta lucky draw hinggi kini

  1. Savemezero
  2. Rose
  3. Isya
  4. Syakila
  5. Usaharap
  6. Ogy
  7. Juniza
  8. Inasepi
  9. Sarah
  10. Ayuselalu
  11. Sofiah
  12. Rosilah
  13. Ibu Alia Kaiyisah
  14. Fuadnis
  15. Segalanya Kuterima
  16. Inahasan
  17. Bunga
  18. Anin
  19. Nea Flerida
  20. mamalyna
  21. Arissa Soleha
  22. Taufidris
  23. Nida
  24. Zhet
25. Siti
26. Zai kulim
27. Diraumiwalid
28. Ibu Ayra
29. ieyza
30. Yana Nuar
31. Cicakgirl
32. Asya
33. miemiey
34. Faris
35. Izan

Sila bagitau ya sekiranya ada yang tertinggal nama.... nti sy update...

Thursday, April 29, 2010

Sensitif ?? Period ke??

Kalau orang nak period mmg camtu kan.. tersalah cakap sikit, dah sentap!.. camtu la aku skrg... ada tak kena skit merajuk, salah kata sikit, sentap.. hubby dah paham sgt perangai aku.. kalau aku sensitif giler tu dah bendera jepun la gamaknya... dia tau dah... tak heran dah.. dah resminya aku time period jd gitu nak watcamana.. hormon katanya kan...

Period lambat?? korang risau tak? heheh bg aku kalau awal2 ni mmg sgt risau .. manatau TER ada isi lak kan, anak dah ler kecik lg perut dah la czer tu hari kan.. mau tak risau.. mau doc bising kang sebab tak rest dulu (dia pesan sekurang2nya 2 tahun rest).. mungkin sesetengah orang boleh.. tp aku tak kuat kot nak survive kalau awal2 ni.. biarla mika dpt kasih syg sepenuhnya dulu..... bulan ni ada la lewat 2 hari... risau gak.. tp agak2 mmg takde la.. sib baik dia dtg jugak walaupun terlewat.. dengan sengugut n sakit pinggang.. tu yg mood tak menentu mudah sentap.. sib baik laki gue pandai pujuk.. wakakakaaaa...

Baby With Bear/Ball Giveaway

Gila contest dah ni.. saje join sebab gambo pun mmg dah sedia ada.. tepek je kan tak susah.. manatau rezki.. sekadar mencuba...

Kali ni organize by mummy ayu..

kalau boleh nak masuk dua2 sebab pic dgn bear pun ada ball pun ada.. takpela kita cuba nasib gambar mika with ball ya...


Pic ni dia landing muka atas ball...

Nama : Muhammad Danish Mikhail
Usia : 8 bulan

Gud luck mika..



Dah penat bermain...

BaBy iN BlUe CoNTesT..MaMa_aDHa ;


Kali ni join Contest Mama Adha pulak.. last minit nak buat walhal dah lama nampak contest ni.. hehehhe esok tarikh akhir contest...

sape nak join klik banner ni...



Picyang mama pertaruhkan .. moga ada rezki mikhail ya...

Join Kategori B - bergaya dgn spek mata n baju blue nya...

NAMA : Muhammad Danish Mikhail
usia : 8 bulan
mama : Eida
email :shinbi3@gmail.com

Done.. tunggu result 3 mei... huhu

Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah

Mari kita share INFO ini.. aku minta izin uztaz Nor amin untuk dipaparkan di blog untuk kita kongsikan bersama...

Soalan

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi :
Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku
Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas.

Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.

Wednesday, April 28, 2010

CABUTAN BERTUAH, MENANGI RM50!

Jom Kita join...

Hadiah RM50 menanti anda!

SYARAT2 NYE AMAT MUDAH
  1. Jadi FOLLOWER blog FarhanRazak.
  2. PASTE Link Cabutan Bertuah seperti di atas di Blog anda.
  3. Tulis satu POST yg anda dh pun masuk cabutan nih.

Tarikh tutup penyertaan 30 Jun 201

Tempat bermain

Malam tadi melayan gelagat mika sambil lipat kain.. aku biarkan dia bebas menjalar 1 umah tak letak dalam walker.. saje nak tgk gelagat dia...


wooooo bila bebas suma benda dia explore.. jap dia g sliding door.. kejap kang pegi bawah meja... dan yang ni dapat bakul masuk dalam bakul kain main2 dalam.. tu hmmm bagus gak elok je senyap ralit main dlm bakul....aku biarkan lg tengok apa seterusnya dia buat...


mika ni suka tempat2 yang terselit... ni terselit celah kerusi pulak... haritu aku terlelap sambil tengok tv, sedar2 cari dia tak jumpa.. berderau darah... panggil2 pun senyap je.. yer la dia bukan tau menyahut lg pun kalau kita panggil ikut mood dia la kan... rupanya kat sini dia terselit... perhhhh aku dah hampir nak pitam tgk dia takde....


bila aku tarik keluar cam ni la.. protes... marah.. sekarang ni dah pandai angkat2 bontot goyang.. tak lama merangkak la tu... uishhh tak sabar tengok dia merangkak nanti...


muka tak puas hati tak bleh main kat situ....bila letak dlm babycot pulak dah pandai nak berdiri.. bahaya tul... nak suh hubby rendahkan lagi katil dia tu.. aritu aku solat letak dia dalam tu... tengok2 dah nak berdiri hmmm takut je kalau jatuh... tersengih2 bila nampak mama dia....

Bosan la mama ni.. tengok tv lagi bagus.. at least elok pulak senyap tengok tv.. dia ni suka gak layan citer drama.. kelakar... haha mcm faham 2 jek....

My New Princess....

Korang jangan ketawa plak yer... dan jangan tak percaya.. aku ni kdg2 bukan betul sgt.. kdg2 ada masa gak nak menggila atau buat keje tah apa2.. hahahhahaha


aku ada 1 mangsa.... nak tau????
scroll ke bawah....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hahahahahaaaaa...bila aku mms kat mak.. ketawa sakan mak tok dia.. tp sudahnya aku kena MARAH dengan abah sebab buli mika camtu .. hahaha.. ala bukan hari2 dia pakai .. aku saje try... ahhahah

ekceli gaun ni tuk BAKAL anak buah aku.... skrg dlm perut adik ipar nak masuk 8 bulan... hahaha aku dah beli siap2.. teruja nak dpt anak buah pompuan.. tp mika adalah model aku sebelum gegirl kuar nak pakai.. hehehhe.. sorry mika mama tak sengaja.. sebab mama nak tengok je.. papa kata tak sesuaiiiiiiiiiiiiiii sah2 nampak mika muka lelaki... tp kalau pakaikan HEADband mau leh nampak cam gegirl.... hihi........ eeeeeeee tak mau la.. anak mama lelaki tulen kan.. hihihi.. ampun mama tak buat lg dah... saje try baju ni..

Tuesday, April 27, 2010

Hadiah besday tahun ni...

Alhamdulillah tertunai sudah hajat nak memilikinya... heheh.. hadiah besday kali ni hubby support belikan handbag ni... (tahun lepas papa belikan cincin kalau tak silap - haha lupa la) Dah lama nak beli koleksi LV ni.. takde la Ori cam Dato Siti tu.. tak mampu den.. dapat replica pun jadila... ntah kenapa aku berkenan pattern yg ni.. tak besar sangat dan tak kecik sgt.. sedang2 aje.. boleh la isi susu n pampers mika kalau berjalan.. hihi



hati happy kan mika mama dah dpt hadiah.. next month besday papa lak.. apa plak yg mama nak belikan ek mika... jgnla papa request yg mahal2... besday mika lak bln 8 huhu.. 2 bulan sekali kena sambut besday ni... bulan 4 besday mama, bulan 6 besday papa, bulan 8 besday mika... huhu

Kepala Teleng

Dah 2 hari kepala aku TELENg.. nak tgk laptop mcm membaca quran dah jadi dia.. ni semua keje mika.. kalau aku nampak mmg aku tak bg dia ketuk2 laptop.. tp kalau papa dia jaga.. amikla mika main la mika tak apa... masalahnya laptop mama cuba kalau papa punya tak tau la dia bg ke tak.. hahahhaha

Sudahnya ni la hasil dia.. aku mmg pelik tiap kali mika tekan keyboard tu kan mesti ada benda yang bertukar.. kdg2 huruf2 jadi besar sgt.. kdg2 jadi mengecil.. pastu kdg2 penah huruf vokal je leh taip selain tu huruf2 lain mcm kena locked.. aku pelik tak apa dia tekan... tu yg mmg aku jauhkan dr dia laptop ni..


penat aku cuba godek... cari jln nak pulihkan keadaan.. tp dua hari gak baru jumpa...

dia suka la tengok muka dia dah jadi senget ni.. siapla sengih2 tengok muka sendiri.. kdg2 kelakar lak tgk.. paling suka kalau aku buka upin ipin kat dia...

Akhirnya malam td masa dia tido kul 1 pagi aku dah dapat alihkan balik skrin tu jd melintang rupanya cari kat setting monitor.. lega... mika.. mika... sok besar minta papa laptop sendiri ok....

Monday, April 26, 2010

Mari Menunggang Beg!!

Orang lain menggunggang kuda tp lain plak ngan si mika.. dia menunggang BEG.. ni semua keje papa dia.. Hari sabtu aritu kan kami nak bertolak ke perak.. tgh aku bersiap2.. papa dia mengerjakan mika sampai camni.. tp cute pulak tgk dia tunggang beg tu.. sedap je ko duduk ye mika.. mcm tak bersalah je henyak baju2 mama dah lipat dlm tu.. nak 2 pulak ada tudung ariani yg dah siap gosok.. adoi laaaa


"Mama Mika tak bersalah.. papa yg suh duduk atas ni" .. heheh cian dia...

Wah bila dah duduk atas tu tangan pun tak tau diam lerr ada je yg dia nak godek ek.. sib baik dia dah boleh duduk ngan stabil kalau tak mau jatuh tu... papa dah risau kalau mika jatuh ke mama cubit papa ek.. heheh sib baik mika baik... :P

Update hadiah Giveaway mamamika...



Dari sehari ke sehari aku berjanji nak update hadiah... asik tak berkesempatan.. so contest ni pun dah nak berakhir 4 hari lg.. mesti kawan2 pun dah tak sabar nak tau sape pemenang kan...

So here update... dah lama beli hadiah2 ni.. 4 minggu lepas tak silap tu pun jasa baik laki den jaga mika leh la memilih.. So kepada contestant cabutan bertuah aku hadiahkan shawl ni memandangkan 99% peserta adalah wanita.. jika lelaki yang menang aku tukar hadia ye... hihi... ada 5 kan.. ok 2 kepada hadiah cabutan bertuah dan 3 lg kepada 3 visitors teringgi di tempat ke 3,4 dan 5.. pemenang tempat 1 dan 2 visitors tertinggi tu aku dah janji nak bagi hadiah bottle umbrella seperti entry hadiah yg lepas kan....

2 shawl bercorak dan 3 plain.. if aku murah rezeki aku TOP UP hadiah sampingan jikalau ada ya.. doakan me murah rezki.. hehehhe

Jika masa aku umumkan siapa yang menang tu aku suh korang pilih sendiri shawl mana yg korang nak aci tak? sebab biarla pilih ikut taste masing sebab masing2 yg nak pakai kan.. hihi...kalau setuju ataupun TAK setuju sila beritau ya kalau tak pun bgtau... hihi.. pendapat MAJORITI akan diambil kira..


Rekod terkini hingga hari ni.. Fuadnis kekal di tempat p1nya hingga hari ni, keduaROSE, 3, 4 & & 5 pula ieyza, biru dan nea Flerida.. so ada masa lg untuk fight.. hehehhe..

"BE MY 19,099th VISITOR"

Kali ni join join contest Dr Faryn punya blog.... Aku sgt tertarik dengan DR faryn punya blog ni sebab memula jumpa bila terbaca kisah dia bekerja di labour room... seronok dan teruja nak tau setiap apa yg berlaku di alam situasi kerjayanya tu yg aku suka membaca blog beliau...

Dr Faryn nak kita Capture 19,909 visitors dia.. sgt menarik hadiah yang ditawarkan sila la ke blog dia..atau klik banner contesrt dia kat atas tu...

syarat-syarat-nya.


[1] mesti lah warganegara MALAYSIA :) Semestinya
[2] berumur 18tahun ke atas, tak kesah lah lelaki atau perempuan, saudara-mara ataupun tidak, yang dikenali ataupun tidak. dah separuh abad dah.. :)
[3] mesti jadi follower belog saya. sudah semestinya (dah lama follow)
[3a] MESTI PROMOTE-kan BELOG INI DENGAN TAJUK, "BE MY 19,099th VISITOR" DI DALAM ENTRY DI BELOG ANDA. (entry hendaklah sebelum number 19,099 di-hit) <--dah promote di sini
[4] letakkan banner seperti di atas di belog anda, dan link-kan balik kepada belog saya ;) OK dah
[5] kalau dah cukup syarat-syarat-nya, dan jika ditakdir-kan anda-lah visitor yang ke 19,099 itu, sila lah capture (print screen or snap) the required number seperti di atas be dengan gambar belog saya, dan emailkan kepada saya di faryn_farhana@yahoo.com

Saturday, April 24, 2010

Damai Laut Swiss Garden...

Hari ni kami nak berjalan... papa mika ada keje kat perak dgn boss dia.. so aku ngan mika tentunya leh ikut sebab hari weekend... kalau hari bekerja tak dapek lerrr...

Sekali lg bos dia belanja kami duk swiss garden.. insyaAllah kul 12 tghari ni bertolak sebab nak g kenduri dulu baru gerak.. tak lama pun sok petang balik dah.. janji dpt mkn angin jadila kan.. hehhehe

Tempat ni dekat ngan kampung Hubby, maybe nanti singgah umah mertua aku...

dulu penah pegi masa mika lum ada lg.. 2 tahun lepas rasanya...

Cantik tepi laut... nti nak bw mika swim dlm pool.. sekarang mika tido, hubby keje.. aku nak pack barang nak bawa g sana... esok dah balik kita update k.... daaa


sos pic from google

Friday, April 23, 2010

Barang Mika Dah sampai..

Last 2 weeks CATLINA ada nakk let go brg2 e ein yang tak pakai... so aku berminatla kat certain2 brg yg dia nak let go tu.. CD tu aku baru nak try kat mika.. mcm best kan tgk org guna.. aku ni yg malasnya bab nak membasuh ler.. tp ni saje tary kalau ok leh beli lg...

Soft books tu mika dah ada 1 aku beli online gak.. tp saje tambah alang2 nak pos sekali.. mika suka soft book ni sebab ada bunyi plastic.. leka dia main.. 1 lg leg warmer dia kan dah suka menyusur merayap dalam umah so sgt sesuai masa ni bg dia guna.. takla sakit lutut dia.. lgpun cute ada gambo car.. hehehhe omak eh mmg lebihh n terlebih sudah.... hahahha

Tengokla dah pandai dia nak memanjat meja tu...


Dah pandai melutut lak tu... bila aku panggil dia toleh la....risau gak takut meja tu tumbang atas dia..

bila byk kali kena panggil boringla dia.. beralih cari lokasi lain plak.. ehheheh cepat mika cepat leh jalan ek...

Hasil Jcard Day

Penat semalam masih terasa lagi hari ni.. awal pagi kul 9 aku dah kuar.. tp aku tak terus ke JJ.. ada beberapa urusan di bank yang perlu diselesaikan.. dalam kul 11 gak baru sampai sana.. Rupanya aeawal pagi dah penuh parking keta.. hubby kata kul 9 lebih pun dah ada yang parking di luar.. mak aihhh ramai peminat jusco ni rupanya.... mujurla opis hubby aku depan jusco, bila dah sampai tu aku call dia turun amik keta n parking kan kat opis dia.. alhamdulillah tak payah pikir hal nak parking mana ....

Aku pegi sorang je,. hubby keje.. lagipun kalau dia tunggu nanti tak syok.. kejap2 dah ajak aku balik kang.. huhu bila pegi sorang lg free.. heheh boleh ke sana sini dengan senang hati.... huhuh bebas memilih takde org tunggu2 kan...

Memula datang aku tak amik bakul atau troli pun... dalam hati kata mmm takpe bukan nak beli barang banyak sgt pun.. boleh pegang je kot... lg pun sesak nak bawa bakul atau troli kan.. sekali bila dah memilih penuh tangan mula la cari bakul... ok dah dapat bakul tengahari tu kawanku nisa telefon kata dia pun kat JJ.. so kami pun lunch sesama kat nandos... lepas lunch kami berpecah balik sambung misi shopping.. heheh

Lepas pada lunch tu takleh bawa bakul, pi cari troli plak.. sebab nak beli barang dapur sekali, sabun basuh la bagai kan, berat ler tak larat den... so troli la plak...


Hasil semalam... penuh troli.. dalam kul 6 hubby dtg join shopping, lelaki shopping kejap jek.. sebelum tu aku dah pilihkan barang2 yang dia pesan,. so petang tu dia join tambah lg sket barang dia..

tapi kan bila sampai umah rupanya barang aku paling sikit.. hubby n mika punya lg banyak... mana taknya kat tempat barang baby aku paling lama.. geram tgk baju bebudak cantik2...

1. mika punya baju
2. mama punya brg
3. papa punya barang

Tapi mama punya ada lg selain tu.. yang tak dpt di attach disini.. sebab SENSORED. hehehe beg baru mika pun mama lupa nak snap.. dan adala lg barang2 dapur... ada juga barang yg dalam list aku tak beli, sebab aku beli yg betul2 ada less sale yg 50% atau 70% aje.. kalau harga biasa2 or sama tak beli la.. hmmm.. puas membeli dapat lak lg voucher.. leh guna lain kali... best dpt shoppping..

Thursday, April 22, 2010

penat!!..

huhu cuti seharian berbaloi.. tp penat.. pulang kerumah dah hampir magrib... nti update ya....

Yang lama berganti baru...

Alhamdulillah semalam tertunai hajat kami nak tukar mesin basuh yang baru... mana tak tukarnya.. dia taknak bergerak bila spin... basuh baju pun mcm tak larat nak gerak... tp macamanapun dia dah berjasa pada kami sejak kami kawin dulu.... ni la dia...


Mesin basuh ni hubby beli masa dia bujang lg... kalau ikut umur mesin basuh ni dah 7 tahun.. patutla pun dah uzur kan....

Semalam lepas keje kami ke SEN HENG.. dah lama booking semalam baru g settle payment.. yang lebih rezeki ada less lg rm300.. mmg syukur sgt la.. dapat la kurangka lg budget.. (yg lebih ada potensi wat g jcard day.. hahah)


Ni dia tokey yg pilih n bayoo.. laki aku ni cerewet gak.. dia yg pilih nak itu ini... kalau aku mesin yg biasa2 pun sudah.. dah dia pilih ikut jela.. lgplak duit dia.. hahahhah... ikut lerrr


Kali ni hubby pilih yg front loaded dan inverter brand panasonic.. yang lama pun panasonic... malam td dia dah hantar ke rumah.. kami dahtest basuh dah... best lerr adafuntion tuk basuh baju baby... baju pun ok takla berkedut sgt mcm mesin basuh lama.. (ehheh kalau yg baru semua ok je kan...)..


Aku cuti hari ni.... yeaa... tak sabar nak g shopping.... sape nak ikut jom.... sebelum tu aku nak ke bank ada beberapa perkara nak di selesaikan...seronok kalau cuti time org bekerja ni.. heheheh...

Wednesday, April 21, 2010

2nd stage PeSerta GIVEAWAY MAMAMIKA

Haritu dah update peserta hingga ke senarai 24 pada stage 1.. kali ni nak update lg penyertaan sehingga tarikh hari ini iaitu 21/4/2010.. bermakna ada 9 hari lg untuk kawan2 di luar sana yang join my giveaway ni.. tarikh tutup 30 April sambutan amat menggalakan... syukur... ramai suppoters.. camni lainkali aku nak buat contest lain plak.. seronok pulak duk buat contest kan.. selalunya asik join org punya contest jek...

Ok aku ni suka merepek.. senarai di sambung semula.. haritu dapat seramai 24 peserta.. so no selanjutnya adalah 25.. agak2 NAMA siapa Agaknya yang bertuah di cabut oleh MIKA yer.....


25. Siti
26. Zai kulim
27. Diraumiwalid
28. Ibu Ayra
29. ieyza
30. Yana Nuar
31. Cicakgirl
32. Asya
33. miemiey
34. Faris


Ok yang lain taknak join ke cabutan bertuah ni.. senang ajer.. just buat 1 entry dan tinggalkan pada entry giveaway mamamika ni.. Nampaknya ramai peserta wanita.. hadiahnya pun saya dah beli.. takla mahal2 tp insyaallah anda suka.. sekiranya ada peserta lelaki akan diusahakan hadiah yang bersesuain untuk lelaki ya...

nak update hadiah asik tak menyempat... minta maaf yek..

selain tu aku dah penat update kan hadiah payung bitol yg unik tu untuk hadiah visitors tertinggi.. ada masa lagi anda nak rebut peluang...

ni dia link entry HADIAH yang penah aku buat untuk visitors tertinggi.. 2 visitors tertinggi akan dapat payung ni.. 3, 4, dan 5 ada hadiah saguhati... tunggu ya..


Entry ni terpaksa copy semula. sebab yg asal tak tau nape nampak sekerat je... huhu...tak tau mana silapnya.




Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah