Sunday, July 31, 2011

SELAMAT BERPUASA DARI KAMI SEKELUARGA





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
... 
                  kami sekeluarga mengucapkan salam Ramadhan pd Ahli Keluarga, 

saudara mara, sahabat handai dan seluruh umat islam.. 

Mohon Maaf atas apa jua kekhilafan.. 

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.....

dari kami sekeluarga" azrul, ida & Danish Mikhail.... :)




nah niat bersahur kalau ada yg terlupa.. versi mika fav.. hehhehe

Saturday, July 30, 2011

Wordless From SaBah

Alhamdulillah kami dah selamat sampai dari sabah malam td...
badan sangatlah penat.. tp fun juga walaupun mika dan mama batuk dan selsema
Banyak picca di sana..
tapi dlm banyak2 tu..
pic yg ni menawan hati ku...
guna Blackberry je.. pic kurang memuaskan..

Ori from Kinabalu..

mika with LOVE....

Wednesday, July 27, 2011

sudah sampai sabah bah

Alhamdulillah selamat sudah sampai bumi sabah. Check in kat borneo hotel.. Sangatla struggle 2jam lebih dalam flight. Mika dah mcm murai.. Cakap tak henti2. Orang seat tepi dan depan dah pandang2.. Mama ngan papa nak lelap mata pun x dapek.. Dikorek2 nya biji mata kitorang..

Tadi dah jalan2 ke pasar piliphin. Seafood sangatla murah.. Berbaloi.. Singgah ke pasar malam bersebelahan hotel dah mencuci poket nampaknya.. Hehe.. Esok nak jalan lg.. Okay sudah penat.. Si kenit mengelat nak berdukung jek.. Mama ngan papapa sudah keletihan..

Tuesday, July 26, 2011

kenangan 2002

Dah 9 tahun berlalu...
Tapi tetap manis dalam lipatan ingatan
2002-2011
Kami konvo sama2.. aku dan hubby..
UiTM Shah alam dlm kenangan..
Fakulti AD tempat pertemuan..


Masa ni sama2 kurus jek.. hahah.. sekrang jgn tanya.. tentula berbeza.. 

Lama gak aku bercinta.. kami terus amik degree 
Maknanya ada 8 semester
Part 3 kami dah start rapat nak couple sampai la grad
Mak bapak suh belajo tp bercinta ek.. takpe bercinta2 pun result kami tetap ok.. alhamdulillah
Semakin elok lagi ada aku rasa.. Sebab dia rajin buatkan aku nota..
dan bila baca nota yg dia buat.. Kepala aku mesti lagi ingat sebab org tersayang yg tuliskan.. Tulisan dia cantik... hahah (gatai)
aku 3x dpt anugerah dekan hubby pun sama tak silap. dia best student painting

Gaduh2 tu semua ada la.. Nak putus la apala mmg ada
Memang gila cinta budak remaja..kelakar la bila ingat balik
Bila dia merajuk dia naik atas bukit tonggek Uitm tu.. dengar lagu cina 
Kawan2 dia sibuk la call or sms aku kenapa.. kenapa.. kenapa dia camtu sebab merajuk ngan aku.. hahah
Gila kalau dia tau aku tulis balik ni mesti malu... hahahah

Tapi semua tu kenanagan manis.. Kalau kami rasa rindu2 saat dulu kami ke shah alam.. Ingat balik semua.. Rasa mcm nak ulang balik masa2 tu...

1998- Masuk Uitm
2000- Start couple ngan hubby
2002 -Grad sama2 (pastu dia sambung master.. aku keje)
2006 - Kawin
2009 - Dapat Mikhail
dan sehingga kini


Kalau ingat balik bukan waktu senang je kami bersama.. dari dulu lagi.. dari jalan kaki sama2 kolej jati ke fakulti, naik bas, motor sampai la ada kereta sendiri... Susah penah sama2 rasa la.. nak2 course art & design mmg banyak pakai duit.. kdg2 mengikat perut gak.. walaupun family ada bg PTPTN pun ada.. tp mmg byk pakai duit.. berus sebatang pun berpuluh hengget.. colour painting satu tiub pun hampir2 rm100.. dulu kalau rm50 tu sangat besar ertinya..

Kalau tak pandai jimat mmg tak leh survive.. penah satu ketika hubby hampir putus asa nak berhenti saat dah nak abis belajar..  Tapi aku bg semangat kat dia.. tapi syukur allah tetap beri rezki.. Dan alhamdulillah atas apa nikmat yg dia beri hari ini atas usaha kami bersama...


Tiba-tiba sentimental jumpa gambar lama tu balik.. Ni pun mika yg buka almari geledah2.. 1 masa nanti mama cerita kat mika k...





Bubur Jagung

 entry jagung tak abis lagi.. heheheh
semalam ada yg bg idea buat bubur jagung kan..
balik umah menyinsing lengan baju...
kupas sebatang jagung...

lihat hasilnya..
walaupun hanya sebatang tp dapat banyak
berbaloi betul kalau masak sendiri..

 satu mangkuk gak dapat....



Campak santan, campak gula.. campak daun pandan dan jagung


 SIAP!!!



sudah boleh dimakan..




 yang pentingnya anak bujang ku sangat2 suka...
caya tak 3 kali tambah mangkuk kecik tu...
tak sempat suap dah menyudu....
"mama nyakkkkkkkkkk"



puas hati masak ada yg suka makan....

Miss my Baby Boo...

 Tetiba kan aku rindu kat dia...
teringat saat2 dia menemani aku
teringat kenangan kemana sahaja dengan dia..
teringat aku kasari dia dengan melanggar divider
teringat aku polish badan dia...

kenangan sungguh dengan dia...
dialah...


.
.
.

.
.
.
.
.kereta pertama aku yg aku penah ada
hasil titik peluh sendiri
tapi sekarang sapelah tuan baru dia..
aharap2 dia sihat2 je ngan tuan baru dia..
sungguh rindu kat dia
cinta pandang pertama
2005
 kereta pertama aku.. syg sgt.. tp dah let go


berkilat lepas polish...

zaman anak dara...
kereta ni la menemani aku kemana saje..
suka duka kami bersama...
hihihihi


Monday, July 25, 2011

Jagung sekinchan

 Balik dari kampung semalam.. dr perak ke KL
ikut jalan lama.. tepi jalan sangatla meriah tengok orang jual buah-buah
teringat mika suka jagung
beli yg dah rebus tp mcm tak puas makan lak..
yang dah rebus sebatang RM2
hubby beli yang mentah.. tepi jalan area sekinchan mmg banyak kan..
yang beli dah rebus tu isinya memang manis.. 
dah alang2 lalu beli yg mentah ni

yang mentah ni
10 batang RM10.. boleh la kan.. janji isinya puas hati...
manisssssssssss!!!


 selonggok kami beli....


 setelah di rebus.. 5 batang je rebus.. tak muat periuk.. almaklum umat dlm umah sket jadi periuk yg ada pun kecik je...



 isinya yg gebu.. bulat2.. mantap....


 gambo blur sebab berasap lagi time ni....


 cantik isinya kan... huhuhu


 kuning cantik...



 si kenit yg suka jagung.. dah mcm squirell dia makan.. ehheheh comel jek...



 dan akhir sekali bila dah malas.....

 
mama kupaskan biji2 jagung .. dia tinggal ngap suap dalam mulut.. heheheh
banyak gak dia makan jagung semalam.. kenyang dan puas hati..........

ada yg balik ni nak cari jagung???

Dr. Halina lahirkan Sophea menerusi kaedah bersalin dalam air


Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

sumber - KOSMO!


pssstt : ramai geng blogger tengah PREGGY ni.. takde ke yg nak try kaedah ni? hihih

Sunday, July 24, 2011

Anak Dr Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina


 semua mesti ternanti-nanti anak pasangan kacak dan jelita ni kan

bit chubby pipi dr halina while she's pregnant
tp tetap maintain cute



 Sophea Isabella,
 lahir 21hb Julai 2011, 
berat 3.6 kg


maknanya baru 3 hari tak usia dia kan
tp muka matured mcm dah sebulan..
dah besar nanti mesti cute mcm mommy dia..

apapun tahniah buat dr sheikh n dr halina..

Saturday, July 23, 2011

balik kampung

plan nak balik malam tadi..
balik kampung hubby..
tapi dah dia pun keje balik dah dekat kul 10
nak berjalan malam mengantuk...


tapi sampai kul 1 pagi murai kenit aku tak henti bercakap
tak reti nak tido
kononnya nak bertolak 6 pagi..
tp tak terjaga kul 5
sudahnya kul 10 pagi ni tak bertolak lagi...


 kalau balik kampung hubby lalu highway kami mesti lalu KELLIES CASTLE ni..
kalau ikut jalan lama tak jumpa la


kenangan masa ni bebetul baru lepas kawin...
4 tahun dulu.. hehheeee


malam td godek pc banyak jumpa gambar lama..
sonoknya.. byk bahan nak buat entry nanti.. selain buat kenangan
tak hilang dalam ingatan..

Friday, July 22, 2011

Gigil 2..

 Sambungan kisah gigil 1.
haha kejadian hari yang sama...
dah malam ..tgh tgk tv aku rasa ada yg kurang pada diri...
sekali rupanya.. aku tgk
GELANG KAKI AKU TAKDE DAH KAT KAKI
erti kata lain DAH HILANG

aku jarang2 sangat pakai sebenarnya..
tah camana aritu saje2 gatal nak pakai
barang kemas yg ada skrg pun sebab abah belikan
aku kan anak pompuan sorang..
dan hantaran kahwin serba 1..
beli sendiri??? takde kot.. hahah

memang berderau darah.. nak beli bukan senang
Yang paling RALAT sebab baru je tukar kat kedai amik patern lain


Rantai kaki ni  patern lama yang ABAH belikan...
ralat pertama sebab tu abah aku yg belikan..
bila pemberian abah tu mmg adala sentimental value di situ kan


Ralat kedua sebab aku baru je tukar patern yg baru ni  baru 2 minggu ..
tup tup tau dah hilang..
tukar ni tambah duit sket je tak sampai rm200 pun
kalau beli baru mau 5-600 gak
emas dah la mencanak mahal skrg ni..

ni la patern baru yg hilang tu..



macam ayam berak kapur,
mcm kucing hilang anak aku mencari gelang ni..
malam tu aku cari sampai parking kereta..
start enjin keta mencari lg sampai ke tapak pasar malam..
bak kata mmg setiap mana aku pegi aritu aku jejaki gelang kaki ni..
sampai tak sedar aku hanya bawa hp dan kunci keta.. purse ic semua tak bawak
dah la berdua je ngan mika masa tu hubby tak balik lg...

last2 aku ada tulis kat wall fb
sib baik ada opismate bgtau..
dia kata siang tu ada kecoh2 kat opis ada org jumpa barang kemas
yang jumpa tu rupanya bos aku..
malam tu gak aku call.. hehehe punya la tak sabo..
sebab mesti takleh lena

bila dah call tu lega.
bos aku ada simpan rupanya mmg betul gelang kaki aku yg dia jumpa..
jumpa kat tangga..
putus rupanya..
apa punya ganas aku jalan.. hahahha

pasni serik dah.. tak mo pakai kat kaki..
aku nak tukar jd gelang tangan lak..
kalau jatuh ke apa leh rasa..
bukan pakai sangat pun.. sekali sekala je..
janji adooo..

senang nanti manatau ada anak pompuan.. aku wariskan jek la.. bukan waris jari hantu ya

alhamdulillah rezki aku jumpa balik rantai kaki tu.. aku siap nazar kalau jumpa gelang tu aku puasa sehari.. esok tu terus posa.. heheh.. kita doa allah tunaikan.. kita kena juga balas tanda syukur apa yg allah tunaikan..

Mimpi...

ntah ape2 je mlm td..
macamana la orang ni leh masuk mimpi aku..
mimpi yg mcm drama..
ntah apa2 kelakar bila ingat balik..


Dato Ramli M.S..


mimpi hanya mainan tido tp kadangkala ada juga yg menjadi kenyataan kan..



Thursday, July 21, 2011

BE menari-nari kat blog dia..

Blog hubby yang lama tersadai... 
malas nak update..
dan tak sempat
tapi PELIK

blog dia ni.. BE menari-nari..
jelesnya ai..
coz blog i BE merundum sekali...senang kata NON ADO

klik pic ni kalau nak tengok ke sana .



takpela.. nanti nuffnang sayang.. nuffnang bagi BE pulak kat ai yek.........
rezki masing2.. heheheh apapun 
alhamdulillah

Wednesday, July 20, 2011

Wordless wednesday



Sedih hati tinggalkan budak ni arini..
turn papa jaga plak arini..
mama keje..
tengahari nanti kalau papa  bz mama amik mika k...

5 hari berkepit ngan dia.. pagi td g keje dia dah bangun tido.. dukung minta nak ikut.. cairla hati mama nak tinggal dia.. huhuhuuukkk

Tuesday, July 19, 2011

day 3 &4 mika chikenpox

 sian anak bujang aku.. muka dah mot mot... hari ni dah hari ke 5.. bintik2 ada yang dah pecah dan nak kering.. tapi ada gak yg baru nak tumbuh terutama kat tangan dan kaki... pic ni semua tuk tatapan mika bila besar nanti...


 kalau lepas mandi naik nampak merah2 sebelum sapu losyen.. actually org kata takleh mandi.. tapi aku lap2 mandi ala kadar.. sebab nanti lambat kering...


 penuh gak di badan.. huh cekci la


 kat jari..

 tangan.. sian baby mama...



 belakang badan....


 aktiviti harian.. tengok tv... kat rumah memang taknak pakai baju langsung.. pakai pampers je.. pakaikan baju meraung dia.. aduhaii sedih tgk.. agaknya pedih kena tempat yg pecah2 tu...


 setia ngan kerusi merah dia....




 semalam baru aku perasan... ada 3 biji kat bibir dia.. dan 1 kat lidah.. patutla dia tak nak makan...



 tido menganga sebab puting tertanggal..


 2 hari ni mama cuti lagi.. maybe esok papa lak jaga mika ya.. mama doa mika cepat sembuh... ramai yg doakan mika kan.. terima kasih semua............. semoga allah membalasnya.. aminnn

Monday, July 18, 2011

Rawatan chickenpox mika

Kalau anak sakit..
hati takkan tenang
cari segala penawar nak rawat..
tak kira la apa cara sekalipun kan..
rasanya bukan aku je.. tp semua ibu pun rasa camtu kan..

kaedah rawatan yg aku buat.. ikut semua petua yg orang bagitau.. tak kira tradisional atau moden,.. janji mika cepat sembuh.. akhirnya daun semambu ni dah dapat.. opismate aku yg bagi.. alhamdulillah.. 


ni la rupa daun semambu tu.. org kata daun ni hilang kan miang dan gatal..




maka berendam la putera kesayangan dalam air daun semambu ni.. hehehe


yang kelakarnya dia geli dalam besen ni ada daun2... merengek nak kuar.. lepas tu bila nak mandi je nampak air daun terus taknak masuk toilet... heheh


ubat-ubatan dari doc... cream sebelum bintik air meletup dan cream selepas, ubat makan demam dan gatal...


minum air kelapa... tp yg ni memula je dia nak.. sampai 3 biji papa dia beli.. dia minum sikit2 je... mcm tau je ni air ubat...


yang ni air penawar.. opah dia yg buatkan.. opah baca doa melalui telefon.. mak mertua aku pandai gak ubat2 orang kalau sakit mcm kayap.. ramai gak yg berubat ngan dia... untuk cucu seharusnya dia buatkan juga air penawar doa ni...


kesian tgk muka dia..bawah mulut tu gatal kdg2 dia garu2 sendiri...


badan..




lepas sapu losyen... muka comot tak encem.. hihi

takpela janji cepat baik kan...

harini mama cuti jaga mika...esok lusa maybe gilir2 ngan papa...

sesape yg bg petua tu insya allah aku cuba buat..
terima kasih sgt pada semua ya..
hajar... tq ya.. ammar pun penah kena kan..
fiza.. darwisy pun dah kena..
mummy ayu.. ian & iris pun tengah sakit kan..
BB anak kak ai pun tgh kena...
semoga anak2 kita cepat sembuh.. amin
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah