Saturday, April 28, 2012
Friday, April 27, 2012
Keranamu dayna!!
Rasa nak gelak guling-guling tengok kerenah mikhail ni
setiap hari ada je benda baru yang dia buat buat kita senyum or gelak
ni kisah semalam..
anatara MIKA dan OTOMAN DAYNA
mama kena pow lagi..huhu
apa saje la mika
tak beli putih mata dia tgk dari jauh otoman tu
kesian pulak
sampai umah..
malam hari..
Dalam jam kul 10, aku layan tv... tetiba dia mintak susu..ok papa buatkan...
dia pegi bilik amik selimut..."mamaaa mut mama"
mama : ok nak baring ya...
aku perhati je...
Sekali aku tengok....
nak gelak gilerrrla...
dia letak otoman atas bantal...
selimutkan....
bagi susu...
dengan dia yg tak pakai seluar baru lepas cuci uuuukkkk ukkkkk
adoiiyaiii anakkkkk....
lepas dah lama sikit...dia goyang-goyang badan otoman tu..
Dialog dia camni " dayna...ngun...dyna ngun dayna..." hahahhaha dia kejut otoman bangun
macam mama kejut dia selalu..hahahha
seronok melayan dia setiap hari...ada je perangai baru.... heheh comel!!
Penghalang Bau SYURGA bagi WANITA?
Salam Jumaat....
share INFO ni dari FB
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat ” - Hadis riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini ” - Hadis riwayat Muslim.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini ” - Hadis riwayat Muslim.
apa pendapat anda?
Thursday, April 26, 2012
Ada 3 orang tapi rumah sunyi....
Tengok la keadaan macam ni
rumah yg berpenghuni tapi SUNYI...
masing-masing hal sendiri
tapi bukanla selalu.....hihihi
Mika layan youtube ABC songs
kalau dah boring dia layan angry bird game
takpun ultraman...
takpayah tolong tekan-tekan dah
dia tau cari sendiri... huhu budak sekarang
mama dah masuk "U" baru merasa pegang komputer tau
Papa layan netbook siapkan keje....takpun layan youtube motor jugak..huhu
Mama layan tv sorang-sorang..
sib baik ada laptop buruk aku yg dah nak tercabut nyawa ...
mana taknya
huruf-huruf dah tercabut dikerjakan anak bertuah
nak taip pun payah...
pasrahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
sib baik ada laptop buruk aku yg dah nak tercabut nyawa ...
mana taknya
huruf-huruf dah tercabut dikerjakan anak bertuah
nak taip pun payah...
pasrahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
Budak 2 tahun 8 bulan yang mengaku TAB ni dia punya....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sampai tido pun pegang...tak bagi mama amik..
nangis mama...mama menabung beli tuk kamu ya.....
kalau kat rumah jangan harap aku nak pegang...
all the time dengan dia...berebut!!!!
tapi selalunya aku mengalahla... takan ngan si kenit ni aku nak gaduh
kadang2 mmg gaduh gak...hahahhahahah
Wednesday, April 25, 2012
Bijak ? Cerdik? or Kreatif??
Setiap hari ada je benda dia buat yg boleh buat mama geleng kepala,
kalau tak geleng, mungkin akan garu kepala...ataupun grrrr tarik rambut sendiri...hahah
meh layan pic apa dia buat
okey peace mama...
dengan suka hatinya dia letak atas sofa kerusi kecik dia...
dan dia bertenggek plak atas tu kan...
abaikan la mainan yg bersepah-sepah tu...adatla ada anak kan...hihi dasar emaknya malas kemas..hihi
dia cakap dia nak tengok tv atas tu....
Pose terbaekkk bila mama suh tengok kamera..... eeeee geram je
aduhaila anak... sib baik mama beli sofa yang gelap warnanya, tebal dan tahan lasak... itula tujuannya sebab aku tau dah apa kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku...kalau tak maybe dah koyak sofa tu...huhu.. apapun mama tetap sayang awak!
Tuesday, April 24, 2012
Monday, April 23, 2012
Bakal Ahli Bowling Negara
khekhekheee tajuk tak leh blah...
tak caya tengok la video ni.. betapa happynya anak kesayangan ku....
hihi
enjoy!
Sunday, April 22, 2012
Ahad yang simple..
Morningggggggggg.....
breakfast apa pagi ni?
menu aku pagi ni simple je
Roti canai segera cicah gula..... Fav sejak kecik cicah gula je.....
roti ni dah kena mkn hihihihi
Keropok lekor mini..semalam beli yang mentah kat pasar jln Tar..sedap kecik2 ni...
jemput makan...
breakfast apa pagi ni?
menu aku pagi ni simple je
Roti canai segera cicah gula..... Fav sejak kecik cicah gula je.....
roti ni dah kena mkn hihihihi
Keropok lekor mini..semalam beli yang mentah kat pasar jln Tar..sedap kecik2 ni...
jemput makan...
menu simple coz jap g nak kuar...hihihi
Saturday, April 21, 2012
Friday, April 20, 2012
Ikan masin sepat! nyum nyummmmm!!!
Sesekali layan lauk ni memang best kan..
my fav ikan masin ikan sepat..
ikan masin tu goreng garing-garing
goreng bersama bawang, lada dan lobak masin... letak air asam sket phewwwwwww
makan dengan nasi panas-panas...
huhu itu saje pun dah cukup.. tak amik lauk lain
Tu la lauk aku mlm td.. khekhekheeee
makan apa lunch ni???
Doa..
Salam Jumaat
hari yang di nanti..
esok cuti
rasa nak restkan diri
luangkan masa bersama keluarga
meh kita kongsi tentang DOA..
Doa itu senjata org beriman.
Doa yg segera di makbulkan tanda Allah syg kpd kita.
Doa yg lambat d makbulkan tanda Allah uji kesabaran.
Doa yg tak makbul tanda Allah nak beri yg lebih baik drp yg d pohon.
Jgn sesekali sangka buruk kpd Allah.
Pesan ulama': Jika doa dgn khusyu', yakin Allah akan kabulkan hingga meremang bulu roma, I'Allah doa makbul. Tapi doa wajib disertakan usaha yg terbaik, niat yg murni, taqwa & tawakkal. Lepas tu barulah kita berserah kpd Qada & Qadar Allah. Nabi SAW amat marah kpd org yg berserah kpd qada' & qadar tanpa usha yg sungguh2. Allah juga benci kpd hambaNya yg kurang berdoa! Justeru, bykkan doa utk diri, keluarga, jiran, kwn2, negara & ummat sejagat. Slm Inspirasi, wassalam.
Petikan kata-kata hikmah yang boleh dijadikan panduan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah.. renung-renungkan......
Thursday, April 19, 2012
Air bandung Soda!
Panas-panas
petang hari.. sedap kalau dapat air ni
Air bandung soda (perisa aiskrim soda)
tetiba teringin
Borak ngan cha punya pasal la ni
hahahah.. balik tu g giant cari ibu sirap dan soda
balik umah buat
ni hasilnya.....
bukan petang hari.. malam hari aku minum
tengok jari sikenit nak cilok air mama... huhu
laju je dia kalau air sejuk kan
Jemput minum....!
My Mikhail ke Surau... :)
Tiap kali hubby nak ke surau dia mesti nangis nak ikut
aku tak pernah lepaskan lagi
Bukan apa dia kecik lagi..
hubby mesti duk saf depan dia plak mesti kat belakang yg tak tau tah apa citer
aku risau dia merayap dalam surau..
sebab selalunya kalau aku bawak dia ke surau jusco ke mana dia tak duk diam dah
dia berjalan-jalan..
sudahnya selalu aku bergilir je ngan hubby
tak bawak dia masuk skali
Tapi semalam lepas mandi hubby siap kan dia sekali
tengok-tengok keluar dah siap baju sedondon anak beranak
baju raya setahun yg lepas..
Kemain suka tunjuk kat mama baju dia sama ngan papa..
Selalu kemain susah nak pakaikan kopiah.. kali ni tengok papa pakai dia pun nak
suka sangat asik tunjuk songkok dia.. dia panggil songkok bukan kopiah.. hehe
nak tak nak lepaskan juga dia pergi semalam..
tapi banyak pesanan aku bg kat hubby
tengok dia la.. jangan jauh dari dia la.. macam2 la...hihi
Nak pegi surau siap melambai2 tanda bye kat mama
Slam cium pipi mama kanan kiri n say bye mama katanya... pastu terus jalan tak toleh dah... yang papa pun main laju je sian anak terkedek-kedek kat belakang hihi comel plak aku tgk..
Lepas magrib diorang dah balik
masuk pintu jerit mama... mamaaa
rupanya
.
.
.
.
.
.
.
.
Pegi surau balik dapat hadiah.
pelik gak aku
"papa kat surau tu mana de kedai
camana boleh beli mainan lak ni?
saje balik bawak dia singgah kedai...
patut la..
hihi
suka sangat dgn kapalterbang ni
tido bawak.. g blik air bawak..
heheh mika... mika... seronok tgk keletah dia
esok g surau no kedai lagi ya.. hihi
hubby kata sepanjang solat dia diam je duk saf belakang ngan budak-budak lain. tapi tak tau la dia ikut solat ke tak.. lepas dah bagi salam hubby toleh kat dia.. baru dia nampak muka papa dia nagis.. rupanya ada budak sebelah dia menagacau cuit-cuit dia.. budak2 tu tertarik ngan puting dia... hihi.. tu la sape suh g surau pakai puting kan mama dah cakap.. hhihihi.. moga mika jadi anak yg SOLEH bila besar nanti ya...
Wednesday, April 18, 2012
Rabu tanpa kata-kata~~~
Nak berkata gak sket...
mlm td kul 11 start ke dapur after dinner kat luar
siap kul 12
sebab dah plan ngan opismate buat potluck birthday kat opis
cari benda yg simple dan senang nak buang
Tadaaaaa
lama tak buat triffle..
buat lagi... ahhaha
hasilnya
1 dirumah.. bekas besar bawak g opis..
sudahnya ada menu tersama hari ni.. apapun enjoy.. nanti update acara besday potluck!
Simple celebrate Birthday Dinner
Just a simple celebrate dinner on my birthday with hubby n mika
Kami ke Sakura Kristal melawati..
HUbby ada ajak tempat2 lain.. tapi aku malas nak g jauh2
Special order di sini...
mango split...
saje nak makan aiskrim malam-malam layan dgn mika..
Just a slice banana choc cake..
takmau beli besar2 dah.. mmg tau takkan habis..
yang besar akan beli celebrate kat opis n kg nanti.. heheh
ramai-ramai baru seronok makan
Mika dah teruja nak kek...pic blur la plak...
Anak bertuah yang tak leh tahan dah... nak merangkak naik atas meja.. sabo je la mak...
Layan banana mango split ni.. mika suka betul...
Menu aku.. beef steak...
Menu hubby kuew teow kantonis... sedap plak tgk berasap-asap
kalau hubby yg order mesti aku berkenan.. sudahnya bertukar makanan..
hahahah sangat mengada kan..

Ni dia budak mot mot yg sibuk layan aiskrim dia...
walaupun simple tapi kami happy.. Tq my to my hubby..hadiah besday thn ni adalah awal dia dah bagi..(samsung tab) hihihi so takleh nak tuntut apa- lagi... ekekekekek nanti hujung bulan balik kampung celebrate BBQ party lak ngan family aku
hoyeaaaa tak sabar rasanya.....!
Tuesday, April 17, 2012
17 APRIL! Its my Birthday today!
Alhamdulillah...
syukur pada Allah memanjangkan usiaku
memberi kesihatan yang baik
memberi nikmat rezki yang tak putus
memberi nikmat kasih kasih sayang
sesungguhnya segala nikmat itu datang Darinya
17 April tarikh keramat diri aku
tarikh aku menjenguk dunia
Terima kasih mak dan abah yang memberi kasih sayang sepenuhnya
walaupun dulu kecik2 kuat nangis
sian mak ngan abah bersengkang mata..
takkan ku lupa jasa kalian membesarkan aku
Paling terharu bila abah sms... Selamat hari jadi along... huwaaaa rasa nak menitik air mata...(mmg menitik pun..) kalau mak biasa dengar kan... tapi kali ni abah sms sebak plak rasa... huhu love u so much mak n abah
Terima kasih suami dan anak yang menyayangi mama
terima kasih sahabat2 yang tak putus memberi ucapan dan doa..
terima kasih my Ex-student yang sudi ingat tarikh lahir saya
terima kasih my Ex-student yang sudi ingat tarikh lahir saya
semoga allah merahmati kalian semua..
tahun ni bertambah usiaku menjadi 32 tahun...
huwaaaaaaaa tua usia je
hati maintain muda ya.. hihihi
tp kalau tgk muka aku org tak kata kot 32.. ahhah
hahah perasan je...
tp survey dr student selalu kata umur aku 27-28.. hahah perasan lagi...
biorla janji sihat dan bahagia sudah kan
Semoga tahun ini lebih membahagiakan diriku, ya allah kau rahmatila perjalanan hidupku, luaskanla rezkiku... panjangkanla usiaku dan berikanlah kebahagiaan ke atas keluargaku... aminnnnnnnnnnn
TQ allah give me a special gift & a lot of happiness on my birthday this year!
Monday, April 16, 2012
Kad pertama... ucapan pertama Tahun ini
really appreciate it!
Hasil tangan my dear syasya aka cha
Ummi kpd auni dan Adli
Kad kamu dah pun sampai
sangat kreatif dan rajin
Ucapan pertama dan kad yang pertama untuk hari lahir aku tahun ni
kad tiba awal
tarikh birthdaynya adalah esok
terima kasih cha sudi buat ni semua tuk akak..
love u lalink!!
Dah tua- tua ni.. rasa terharu plak dapat kad besday camni lagi.. dulu masa zaman remaja je ada ni semua.. hihi
Apapun terima kasih sesangat.. tahun lepas dia pos sekotak coklat tuk aku... semoga persahabatan kita kekal sampai menutup mata.. aminnnnnnnnnn
ada sape tau umur sy berapa tahun ni? hahahah eden dah tuo..... yg tau sonyap2 jo la yo.. hihihi
Sunday, April 15, 2012
Mr. Crab in the house!!!
Menu Apa harini????
i mood terajin sebab semalam nampak KETAM kat pasar malam
teruja sebab bila angkat ketam tu rasa berat
musim bulan gelap isi penuh kata orang
beli tak byk 3 ekor shj cukupla makan 3 beranak..
pilih yang besorrr gitu...
Ketam masak bercili....
Awalnya nak masak lemak cili api...
tapi hubby kata dah biasa.. do dia yg request masak bercili ni
ok gak kan.. dia tak tahan pedas... hihihi sian..
Ikan Terubok masak lemak cili api.
nak jugak lemak cili api
last2 ikanyg jd menu ni..
buat kuah mika makan..dia suka masak lemak
sayur kacang buncis goreng lobak masin. saje aku try sedap gak.. campur lobak masin halus-halus tu...
Tauhu goreng cicah sambal kicap..nak buat tahu sumbat lupa beli timun daaaa..makanl;a gitu je..
All my Menu today for my Family!
HUbby meratah ketam sampai berair matamika yang susah nak makan tetiba bertambah nasihuhuh sukanya hati mama!!
Labels:
ketam masak bercili,
masak lemak cili api
Friday, April 13, 2012
Thursday, April 12, 2012
Di kala gegaran di aceh petang semalam...
Di kala gegaran semalam petang
dalam pada risau dan takut
dalam pada nak lari ke tak.. haha
sempat lagi nak memuaskan nafsu tekak
hihi buat bubur kacang
ni tengok kawan aku punya pasal la ni update kat fesbuk..
terus rasa nak makan
sib baik kacang santan semua ada kat dapur
sap sap soii je masak
sudahnya sampai ke malam tak makan pun
simpan dalam peti ais
sebab aku batuk tekokol sampai muntah..
perit nau tekak
selsema pulak
adoiiiiiii
balik ni mau makan bubur kacang sejuk-sejuk... nyamannnnnnn huhu
Wednesday, April 11, 2012
Gegaran susulan dirasai lagi...
Gegaran susulan dirasai lagi kul 6 lebih ptg td
tapi tak kuat mcm yang pertama td
standby berjaga jaga juga ni walaupun bukan dekat ngan pantai
sebab rumah aku rumah tinggi di kawasan lereng bukit
jauhkanla segala musibah dan kemungkinan kan
tapi semua kuasanya
dinasihatkan juga pd mereka yang duduk rumah tinggi ni
berpakaian elok apa apa senang tinggal nak lari
contohnya kalau yang tengah pakai suar pendek ke pakai seksi
emergency tak sempat nak tukar dah.. hihi
air ni memang standby atas meja
bila rasa goyang guna air ni sebagai tanda
tengok air ni berkocak atau tak
hubby punya idea la ni...
kali kedua goyang tu memang air ada berkocak
Ya allah kau selamatkan mereka yang berada di aceh juga kita semua
semoga ahli keluarga dan sahabat handai kita selamat hendaknya..aminnn
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.
Jom Exchange LINK...
-
Your Link/
Disclaimer
Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.