Tuesday, June 1, 2010

Updated ALESYA

Sms dr adik...

"nafas alisya semakin stabil.. bantuan oksigen dah tak pakai.. Alisya dah ditukarkan wad.. dah tak duduk di ICU"


Alhamdulillah syukur yg amat sgt.. selagi dia di ICU tak tenang hati kami....

"mata dia kena tutup duduk bawah lampu.. tidur nyenyak sgt.... Kulit kaki kering... kulit cam klelat sket dr aritu... tiub kat mulut pun dah takde.. maybe harini dia kena belajar isap susu guna mulut"

Aku rasa alisya ni kena kuning pulak la ni duduk bawah lampu ni... kemungkinan la... petang ni adik ipar nak g wad lg doc suh direct feed pada alisya.. harap2 dia boleh dah isap susu mama dia... hari yg ke 5 baru diorg berpeluang nak dakap anak... tp tu pun tunggu petang nanti punya cerita...

" Alisya tido nyenyak.. td papa dia kacau dia pun dia lena je.. bila sentuh bibir dia, dia senyum"

gembira dah hati adik aku.. kalau tak semua sms dia nada sebak nak di baca...

kalau perkembangan dia semakin positif ntah2 esok lusa alisya dah boleh kuar wad.. mmm tak sabo nak tgk muka dia....

Terharu...

Terima kasih pada semua kawan2 yang sentiasa mendoakan kasihatan alisya.... korang mmg prihatin walaupun kita hanya kenal di alam maya shj.. jasa kalian allah yg membalasnya... sgt2 terharu2 dengan komen2 yg di berikan di entry lepas... sekurang2nya memeberikan semangat pd kami sekeluarga.. terima kasih juga yg berkongsikan pengalaman yg sama...

Atas doa semua.. alisya semakin pulih.. dia tidak lg gunakan bantuan oksigen setakat petang semalam... keadaan jantung sudah semakin stabil namum sesekali berdegup laju... walaupun masih ada tiub untuk saluran susu.. dan tiub di kaki dan pusatnya pun masih ada, tiub ubat antibiotik juga dah di offkan.. jangkitan kuman pada paru-parunya juga semakin pulih.. kulitnya semakin kemerahan dan dah tak pucat lg.. semoga alisya akan terus sihat..

Semalam mama dan papa alisya dpt menyentuh anak mereka walaupun masih belum boleh di angkat di ribaan.. namun perkembangan begitu sudah cukup baik buat mama dan papa alisya.. yg menggembirakan hati aku adik aku sudah mampu senyum dengan perkembangan anaknya...

setiap hari papa alisya tak jemu menemani alisya sehingga habis waktu melawat.. semakin hari dia semakin tabah dgn ujian yg di terima.. syukurlah..


Sayu hati melihat tangan anak kecil ni biru kena cucuk... lebam tangan alisya... lg2 ada tiub kat mulut .. tak sampai hati tgk pic yg papa dia sms kan. kesian mak long tengok... alisya anak yg kuat ... alisya anak yg tabah..

Tak sabar nak tunggu jumaat ni mika nak jumpa adik alisya...


Pos Pump n hadiah..

Waktu lunch tengahari semalam aku kuar nak g pos breast pump aku pd adik ipar.. actually dia ada beli tp maybe taksesuai ngan dia jd pump pun tak berapa dpt susunya... masa mika dulu aku pakai manual pump je brand anakku.. mudah dan senang.... tu yg aku pos kat dia...

Tengahari semalam aku bergegas poslaju pump susu untuk alisya.. mak long akan bantu mana yg maklong mampu untuk alisya selagi boleh.. alisya mesti kuat .. alisya mesti sihat.... dah alang2 keluar.. aku pos sekali hadiah2 giveaway haritu.. minta maaf sangat2 lambat pos hadiah2 tu sebab hadiah yg aku beli tu missplace.. hubby aku yg simpan.. puas mencari dah jumpa baru boleh pos.. insya allah mesti ada yg akan sampai hari ni... hope semua pemenang suka ya...


Doc minta adik ipar (lela) pam susu untuk hantar pada alisya setiap hari... walaupun dia blum leh feeding ikut mulut tp susu masih disalurkan melalui tiub dia mesti dapatkan khasiat susu ibunya... hingga kini alisya masih mendapatkan makanannya melalui tiub... masih ada lagi tiub2 dan wayar di badannya.. tp dah berkurangan.. alisya dah mula aktif bergerak.. tubuhnya dah tak pucat.. tubuhnya dah mula kemerah-merahan....

Esok kalau keadaannya makin pulih mungkin dia akan ditukarkan pada keadaan normal tidak lg diletakan dlm inkubator.. tp bergantung pada keadaanya esok.. apapun terima kasih pada semua sahabat2 blogger yg mendoakan untuk alisya.. jasa kalian hanya allah yg membalasnya...

alhamdulillah adik ku dah ok sket.. tak murung dan menangis lg.. dia semakin tabah.. mak kata dah boleh makan walaupun sikit... setiap hari dia tak putus temankan alisya di hospital... sebelum sampai waktu melawat dia sedia menunggu di luar untuk bertemu alisya.. moga alisya cepat pulang ke pangkuan mama dan papanya... maklong sentiasa doakan alisya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/
 
Designed by Whitey Mommy