Saturday, October 30, 2010

Kaum wanita yang memandu berhati-hatilah..

peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Ha
wa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.





Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??



Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..



lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?



sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..



perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..



Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!



kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..



satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.


Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.


Takut plak rasa.. so kekawanku yg mana drive sendiri tu berhati-hati ya,,, bahaya ada di mana-mana



Friday, October 29, 2010

3 Pagi berkejar ke hospital..

Harini aku lewat sampai ke ofis mana tak nya.. dekat nak subuh baru lelap mata... baru letak kepala atas bantal dah bunyi azan subuh.. sebabkan aku cuti semayang aku sambung tido kejap kononnya.. sudahnya aku terjaga jam 7.45.. melompat dari katil aku tengok jam....

walaupun tak berdaya dengan tak cukup tido aku gagahkan diri pegi opis...

Ada keje urgent yg aku belum siapkan... lambat2 pun takpela aku sampai kan gak diri ke opis...


Sambungan kisah petang semalam....

dalam kul 10 aku bg mika makan ubat.. bertarung gak ngan dia.. hubby pegang syringe.. aku pegang tangan mika.. alhamdullillah semua ubat masuk.. tp dia menangis bercampur batuk... sudahnya semua keluar bila dia muntah.. baju hubby pun basah kena muntah... hmmmm maknanya ubat pun tak masuk la badan dia.. dgn dia esak2 plak nangis,... nak bg lagi pun dah payah..

Kul 11 camtu dah tido.. tp kejap2 dia bangun nagis2 sebab dia batuk... kesian tengok...

dalam kul 2 dia meraung batuk dannangis.. sekali lg kami bangun.. hubby rasa badan dia.. huh makin panas.. kami bagi ubat lg... tp malangnya muntah lg.. abis nasi2 semua keluar sekali.. cadar pun kena.. kat lantai muntah lg.. baju hubby 2 helai bertukar kena muntah...

Sudahnya hubby tengok aku.. aku tengok hubby.. badan mika makin panas.. keadaan makin tak bermaya.. ...


2.30pg hubby suh aku berkemas.. hubby nak suh warded gak... aku ni bukan berkemas baju2 mika.. ngan baju2 aku sekali.. kang kalau kena tahan mmg confirm aku pun tak akan balik sampai mika kuar wad.. siap2 bekalan bagai.. hubby dah bebel2 kat aku.. bukan apa keadaan panik camtu aku pun ntah apa2 pikir.. ahhaha lawak gak...


2.45 bertolak ke gleanegles tempat mika warded aritu... sampai sana amik suhu badan mika 39.3%C.. huh tinggi tu.. patut la panas... doc minta buat check up darah.. yg ni sekali lg aku tak tahan.. mika kena amik darah.. alahai.. makannya sikit amik darah pulak.. lg sekali kena bedung dan melalak teresak-esak.... kena masuk ubat demam ikut punggung lg sekali.. siang tu dah sekali dah...


selesai amik darah kena tunggu 1 jam pulak nak dapat result.. doc takut denggi sebab suhu naik mendadak.. sementara tu. nurse bukan baju dia dan lap badan mika dengan tuala... dia plak nampak nurse mcm nampak hantu.. dia nak lari.. dia dah tau takut kat nurse.. mika.. mika.. tp yg peliknya kat spital tu tak batuk lak.. masa kat umah mcm takleh bernafas dia batuk...

hampir kul 4 doc panggil semula.. result ok takde denggi... dan suhu badan dah turun 37%c.. alhamdulillah... dan tak jd nak warded.. pulang semula ke umah... dah dekat kul 5 lbih baru sampai.. tu la dah subuh..

esok ada appoiment lg untuk amik neb kat spital... huhu

sampai kereta nak gelak pun ada.. aku dah beria mcm nak berkampung kat spital... panik pun ada masa tu.. yerla tengah2 mlm dgn mengantuknya...

dan siang ni .. mmg mengantuk tp aku semangat gak siapkan keje...


walaupun sepah tp aku suka.. lg semangat buat keje.. harap 2 mika sembuh la harini... dan harini gak last day untuk bibik.. kesian dia...

terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatan mika ya.. bukan senang nak membesarkan kan anak kan.. dan ada org yg lebih perit dugaannya dr yg kita rasa.. moga anak-anak kita jd orang yg berguna... aminnnn




Mika kena NEB

Petang samalam aku terpaksa half day... rasa tak sedap hati sebab pagi tu badan mika masih panas. tghari balik umah bawa dia g klinik...

masa aku amik kat nursery nampak mata dia layu dan lemah je.. bila pintu nursery di buka dia nampak aku dia melambai lemah.. alahai sedihnya tengok...

Dah agak doc mesti suh dia amik neb.. nafas mika berbunyi .. banyak lendir di kerongkong... suhu badan tinggi 38.3%c. doc kata ada jangkitan kuman sama... petang tu gak kena masuk ubat kat punggung..

Masa awal-awal.. boleh tahan lagi la.. tu pun sibuk dia nak bukak menda alah tu..


nak tunggu ubat abis... meronta meraung-raung..... kalau setengah jam mask tu ada kat mulut.. setengah jam dia menangis.. tersedu teresak-esak.. tp apakan daya walaupun tak sanggup tengok dia menjerit tp aku lg tak sanggup tengok dia sakit...

bila dia batuk muka sampai naik urat.. merah padam macam takleh nak bernafas... huh panik gak aku ngan hubby.. 2 hari lg appoiment semula ke spital.. petang tu duk minta suh duk wad nak suh amik neb kerap. tp aku lak minta balik umah dan janji akan dtg hari2 untuk amik neb.. yerla kalau boleh taknakla kena tahan wad...


dan malam pula kami sekali lg berkejar ke hospital semula sebab mika muntah-muntah.. tunggu next entry ya..





Thursday, October 28, 2010

Nuffnangku

Akhirnya dapat gak email dr nuffnang.. tentang cash out pertama aku aritu.. aku buat masa seminggu raya... tertanya-tanya gak lama betul tak dapat2...

so dia dah reply ini kat aku...



so tunggu je la.. maybe seminggu 2 sampai la.. takde la beribu riban.. setakat lepas beli kasut n baju mika ok kot... heheheh.. alhamdulillah rezki....


btw.. terima kasih atas sokongan semua atas entry pembantu rumah tu.. harap2 keputusan yg aku buat adalah yg baik untuk kami sekeluarga.. ina -(salina) kisah ko ngan pembantu2 tu seriau gak dengar depa lari ek ke bertukar ganti .. jgn baw lari anak sudah... hope semua anak2 kita selamat.. aminnnn

happy tudung laku lg.. meh klik SINI


Keputusan aku..

Setelah difikir masak-masak... ditimbang-timbang pendapat ramai... mendengar kata abah dan emak.... berbincang dengan hubby....


Aku mengambil keputusan untuk tidak mengambil bibik sebagai maid di rumah....

reason yang kuat aku taknak hilang privacy aku di rumah sendiri..mungkin belum masanya lagi untuk aku amik maid.... dan aku kurang selesa bila ada org lain antara kami.. rumah kami pun kecik je ada 3 bilik.. masterbdroom, guest room dan bilik komputer/solat hubby... nanti nak letak bibik lg.. hmmm

kalau ikut reason dari mak pula berbeza... mak risau... sebab mak tau bibik memang sayangkan mika... dia takut bibik bawa lari mika... hehehhe.. tapi yang ni mintak simpangla...............biarla aku hilang duit beribuke berjuta ke walaupun takde semua tu.. aku tak rela hilang anak aku...

reason abah pulak... banyak prosedur.. kena tengok permit dia... kena tukar nama majikan .... sebab kalau keje ngan aku mesti dia dibawah jagaan aku.. ahh mcm leceh je..

Kalau ikut hubby dia mcm nak.. tp aku berat hati la.. ala keje2 umah aku masih mampu buat. bukan besar mana pun... mika biarla dia duduk nursery.. biar dia belajar berkawan... dan kat situ pun aku selesa sebab dia di ajar macam2...


dan pendapat kawan-kawan yang memberi komen pada entry aku minta PENDAPAT... sangat-sangat aku hargai.... terima kasih pada semua

PRO dan KONTRA nya mmg banyak...

dan petang semalam aku telah menyiasat.. puncanya bibik tak ngam dengan pengasuh yang lain di situ.. adalah konflik antara mereka... yang lain2 tu masalah dalaman mereka di nursery... dan yg tak best aku dengar ada sorang budak yg aku tanya dia kata bibik tu dah bgtau org yg aku nak amik dia ke... adoiii.. walhal aku tak cakap apapun pun. dia yg offer diri.. sedangkan aku cuma cakap "saya tanya suami saya dulu" belum bg keputusan apapun.. awal2 dah mcm ni tak berani la aku.. yer aku tau bibik suka dgn aku.. tapi maybe bila dah serumah nanti pulak aku baru tau perangai dia lagi payah.. so jalan selamat biarla aku takde maid lg buat masa ni.. dan masih belum perlu...







Wednesday, October 27, 2010

Thanx a lot...

Terima kasih sangat-sangat pada semua.. komen-komen yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu... berdasarkan pendapat dan kawan-kawan yang berpengalaman saya dah dapat serba sedikit gambaran PRO dan KONTRAnya...

Bila tanya mak pun.. mak kata ada bagusnya.. tp tanya abah.. mmg banyak prosedur kena ambil... abah kata lak banyak risiko


Kalau ikutkan hati aku mmg nak amik maid yang boleh datang pagi dan balik petang.. lebih selesa.. lagipun umah pun bukan besar sgt.. setakat kuarga kecil aku ni...

Dan 1 lg betul juga ada pendapat yg bgtau kena tau dua2 belah pihak kan.. so petang ni aku nak menyiasat.. risik-risik dengan budak2 yg ada kat situ apa kes sebenarnya bibik tu... kalau tak berat ok la kan..

Hmmm tapi kalau bibik takde kat nursery aku dah tak berapa sonok la... bukan apa aku tengok yg rajin layan baby ni bibik je.. yang lain2 tu more kepada budak2 besar.. yerla yg besar kan senang dah boleh disusruh tak pun kalau cakap kan faham.. kalau yg baby2 bi manatau apa... leceh sket.. lagi2 kalau yang suka berdukung...


apapun thanx so much pada kawan2 yang bagi pendapat ya.. sekurang-kurang aku ada sedikit ruang untuk membuat pilihan.


..

Tuesday, October 26, 2010

PROMOTION!!!

Salam....

Sempena pembukaan De'Chantique Boutique kami menawarkan free postage kepada 50 orang pembeli terawal... dan tawaran ini sehingga 30 November 2010...

Jangan lepaskan peluang!!!!

Tudung-tudung akan di update dari semasa ke semasa...

Jom cuci mata!!!

Pembukaan my shop online..



Bismmillahhirohmanirrahim....


Berkat sokongan husband dan family especially my mak... dengan rasminya mamamika nak buat Announcement....


Pembukaan kedai online



Mai la jenguk-jenguk cuci mata a my shop yg tak seberapa baru nak menapak... menjual tudung-tudung muslimah.. dan insya allah akan ditambah dengan produk-produk lain sekiranya mendpat sambutan...

Buat rakan-rakan blogger berila la i support ya...

Klik banner bawah ni untuk ke blog tersebut...


Tq to my hubby yg buatkan design... dan banyak memberi sokongan.. luv much!!!


Sengal 1 badan

Arini aku duk umah lagi.. dapat MC... semalam petang balik keje terus g klinik.. doc pulak lambat yg amat.. jumpa 1 patient dekat 20 minit.. aku macam dah nak bertukar jd allien je kat situ... badan akus serius tak larat.... dah la aku g klinik sendiri... masa sebelum kuar opis aku dah call hubby minta dia amik.. tp dia bz lak adakat Putrajaya... maka aku gagahkan diri bawa keta pelan2 sampai umah...


Aku sakit kepala yg amat, berdenyut-denyut, tekak loya , makan tak lalu, mulut pahit dan yang paling aku tak tahan seluruh badanku tersa sengal... kalau setakat demam tak mcm ni.. tp g klinik doc check juga kot2 darah tinggi ke apa.. tp takde apapun... dia bagi ubat tahan sakit ngn ubat apa ntah.... nak kata pregnant takpun sebab bendera jepun... hihihi


Yang kesiannya mika... malam td hubbybbalik lewat, aku balik keje dah berselubung selimut tak tahan sejuk dan sakit...mika main sorang2..aku bukakan tv dia bercakap2 dengan tv sambil tunjuk2 kat tv tu..sedih aku tengok..nak layan dia sungguh aku tak larat...

Pagi ni badan dah oksikit.. tapi kepala tetap berdenyut... nanti makan ubat lg harap2 legala harini.. esok boleh keje..ada banyak keje menimbun menanti aku,... risaunya la....



Monday, October 25, 2010

'Cute Baby With Buchuk'

Last minit join... takpela cuba nasib

anjuran

http://fantaghirolynn.blogspot.com/ dan http://alwzbemybaby.blogspot.com/

sape nak join klik banner comel ni...





Nama : Muhammad Danish Mikhail
Umur : 1 tahun 2 bulan

Mika dan puting bucuk kesayangan dia...


semue orang tau mika takleh renggang ngan puting.. banyak koleksi puting dia ni... kalau takde benda ni takleh nak tido meraung2 sampai muntah-muntah.... saje letak gambar yg ni.. ibarat dapat candu dapt puting ni mak tok dia kata... sambil berdiri pun dia leh tido bila dapat puting... terus lalok.. khekhekheeee... sabar je la anakku...


Kenapa Ari ni la jugak....




Adoii la.. dah la pagi td dtg keje aku dah rasa tak larat semacam... dengan p....d pain nya... masuk2 keje meeting lg... dalam bilik meeting lak sejuk.. lama pulak meetingnya.. kepala aku dah beku.... dengan aku sakit perutnya.. rasa nak rebah je... breakfast pun tak ni.. aku mibnum air kosong je.. dari malam td lak sakit perut memulas-mulas...

Orang kata lepas beranak hilang sengugut.. aku amsih ada lagi.. cuma kadang2 teruk.. kadang2 biasa-biasa je..


Yang lebih buat aku down tetiba tengok status nuffnang GLITERRATI pun takde.. apa yg aku tekan.. rasanya mcm takde ubah apa-.. pendek kata harini serba tak kena.. sungguh aku tak larat.. jap lagi lunch hour nak menepek baring.... rasa nak balik pun ada.. tp nak bawa keta pun tak larat.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sunday, October 24, 2010

Rahsia rumah Dara





Macam-macam dunia sekarang.... Nauzubillah..................!

Selanjutnya KLIK SINI



Saturday, October 23, 2010

ADik maut berebut siaran TV


PILU...Noranita dipapah ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Balok.
PILU...Noranita dipapah ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Balok.


SIRAM...Zakaria menyiram air di pusara anaknya, Muhammad Naili.
SIRAM...Zakaria menyiram air di pusara anaknya, Muhammad Naili.

KUANTAN: Seorang remaja lelaki terbunuh akibat tertusuk serpihan kaca tingkap dipercayai diacu kakaknya selepas berlaku pertengkaran disebabkan mangsa berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik bongsu di rumah mereka di Balok Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, bekas pelajar sebuah sekolah tahfiz di bandar ini, meninggal dunia kerana parah di pangkal paha kanan akibat terkena serpihan kaca tingkap yang dipercayai diacu kakaknya berusia 16 tahun.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 5.40 petang di Klinik Kesihatan Balok, di sini, selepas lebih sejam bertarung nyawa akibat kehilangan banyak darah disebabkan kecederaan teruk.


Ketika kejadian, hanya tiga beradik itu tinggal di rumah berikutan ibu mereka, Noranita Abdul Rauf, 37, menunaikan solat Asar di surau berhampiran rumah mereka manakala bapa mereka di tempat kerja.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa, anak kedua daripada tiga beradik bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun kerana berebut siaran televisyen.

Menurutnya, kakak sulung mangsa pada mulanya mahu meleraikan pergaduhan itu, tetapi memarahi dan menampar pipi kanan mangsa menyebabkan dia berang.

“Dua beradik itu berlari ke luar rumah sehingga berlaku cabar-mencabar sebelum kakak mangsa mengambil serpihan kaca tingkap dan mengacukannya ke arah mangsa bagi menakutkannya.

“Namun, tiba-tiba kaca berkenaan terlepas daripada genggaman gadis itu lalu terkena pangkal paha kanan mangsa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami pendarahan teruk meraung meminta pertolongan dan kejadian itu disedari jiran mereka yang bergegas menghantarnya ke klinik berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan kira-kira jam 5.40 petang sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, untuk bedah siasat.

“Laporan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah pada arteri femoral di lipatan pangkal paha kanannya,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan kakak mangsa berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.


sumber:mymetro


KESIAn mak ayah bila jadi macam ni...bila tengah bergaduh hilang pertimbangan diri........

Friday, October 22, 2010

Butir jagung





Mama suruh saya sengih.....

saya pun mengikut arahan,.....



alamak samar-samar je nampak sebab saya geleng-gelengkan kepala....


yang ni baru jelas..... gigi saya ada 6 btg... yang mama takleh tahan tengok gigi jarang dia...yang tengah tu kosong.. tp nampak cute.. macam gigi sharifah aleeya... diapun comey gak....



Busy housewife


Tetiba perasan jadi surirumahtangga sepenuh masa... ada hati.... hihi....

Sape kata surirumah leh rileks kan... penat juga duk umah pun...

walaupun sakit mata...tangan kaki kena gagahkan juga buat keje2 umah...

bangun pagi sediakan breakfast.. buat cucur ikan bilis bawang.....


Kemas mainan mika depan tv...

Kain kotor di cuci..yang ni kena dua x..sekali baju mika..sekali lg baju makpak dia...








mika bangun tido... bagi dia breakfast.. dudukan depan tv tgk cartoon....

dia dah buat kuih pagi-pagi... so bagi mandikan dia sekali.....

letak lagi depan tv bagi mika minum susu.....

masak nasi, goreng ayam buat sup ayam mika, goreng sayur....


kemas dapur....

ha lepas tu baru mandi.....

siap mandi baru nak sidai baju...............



wah banyak lagi lepas ni...... lipat kain... bla bla blaaaaaa



yang penting take 5 updateblog.. barula hati terhibur...hehehheheh

Sakit mata



Bangun pagi aku rasa mata kanan mcm semacam jek.. mcm tebal je mata tu... sekali tengok cermin mata aku bengkak merah yang amat.... pegi toilet cuci mata dgn air... perghhhh makin merah pulak... gatal pun yerrr

kepala berdenyut badan pun mcm panas...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sakit mata....

mata kiri dan mata kanan.... 1 putih 1 merah...

maka dengan rasminya aku MC jap g kena g klinik... kena pakai spek mata arini kot..takut jangkit kat mika... hihihi... rasanya dah bertahun aku tak kena sakit mata ni.... kepala berdenyut plak plus selsema...


Thursday, October 21, 2010

Sayang korang... Tepat sekali....!!!

Contest di tutup!!!!



Camana leh semua teka betul ni.. ehheheheheheh.. ini bermakna korang mmg ler kenai aku kan.. walaupun gambo ku yang bermata pejam.. BUKAN LENA TAU.. Tp tengok kasut ke hp ntah.... hihih dandan lak gambo masa tu yg kena snap... gambo tu candid aku cilok kat FB fotografer opis ku... saje bubuh gambo yg tu..

walaupun mataku terpejam tetapi lubang hidungku tetap korang kenal ya... hehehehhehe


oleh kerana 4 orang yg teka semua betul so aku bermurah hati nak bagi semua yg teka tu hadiah... sebab korang rajin jengah blog aku.. yg lain pun rajin gak.. tapi insya allah next time ada rezki aku bagi pada yang lain plak ya.. doakan je aku murah rezki.. tak kan ku kedekut punya insyaAllah... semoga tuhan murahkan rezki ku...


kepada 4 peneka tersebut::: jeng jeng jeng............



Eima
Anis
Yatie
Cik 3zza



sila emailkan (shinbi3@gmail.com) alamat yerrr nanti kukirimkan hadiah.....

walaupun hadiah nya tak seberapa tapi harap ianya cukup memberikan nilai persahabatan kita... thanx to all yg memberi me support me sepanjang kita berkenalan di alam blogger... muah syg korang.....


Contest suka-suka... Yang MANA SAYA???






Pagi tadi ada assembly ofis... dan majlis aAnugerah 25 tahun perkhidmatan Cemerlang...


dan kepada rakan bloggersku...


cuba teka yang mana 1 aku?????


pada kenalan rapat takyah teka tau tak aci.... heheheheh


sila bgtau jawapan contohnya yg pakai tudung apa.. duduk di sebelah yg mana....???


nanti aku fikir-fikirkan kalau ada hadiah yg boleh di beri pada 1 pemenang sahaja.. ehheheheh


bersemangat mereka menanyi 3 lagu kan.... all the batik...


majlis sambut hari lahir kepada staff yg lahir bukan september dan oktober kot... ada beberapa bulan sekali rangkum.... aku nyer besday bulan 4.. tp tak naik kot pentas tu.. ai pemalu.. hahahahhahah

ok korang sila teka ... opssss peneka mesti la dikalangan follower ye... kalau tak follow sila follow.... senang je.. aku mencari sorang pemenang yang tepat dan tercepat... kalau dah ada pemenang terus contest suka-suka ni outomatik tertutup...


cepat-cepat.. senang jek ni....


Alesya @ Icha D debab




Ni la anak buah merangkap anak dara aku jugak... Icha the debob... makin cerdik.. geram tul... kuat semangat icha tuk survive hingga besar...




Dah pandai senyum sengih-sengih.... manja sgt ngan atokabah dia... kalau mika lak manja ngan maktok.. elok sangat la tu...

Icha dah nak masuk 5 bulan... tp dia ni sensistif sket.. sebab dia tido buaian jadinya mak dia susah nak bawa dia berjalan.. selalunya kalau mak bapak dia kuar dia kena tinggal ngan maktok... rasanya beberapa kali je dia kuar g jalan.. meraung boleh tahan.. suara leh masuk AF....


Masa ni baru baik demam muka dah tak berapa debab...kalau tak pipi tu melayut macam sin chan... aku bagi gelaran kat dia icha dsinchi...


perkembangan latest dah mula pandai meniarap.. see budak pompuan mmg cepat kan....



Comellllll...pakai skirt n sepit rambut... aku kalau shopping baju mika skrang ni, aku tengok2 gak baju dak pompuan.. kalau ada berkenan aku beli sekali tuk icha.. aku rajin gak belikan dia aksesori sepit rambut, cekak n mcm2 lagila.. sebab aku geram brg budak pompuan cantek-cantek...... takde lg anak pompuan anak buah pun jadila... anak aku jugakkk tu... maklong rindu icha... last jumpa pun raya haritu...


Wednesday, October 20, 2010

Hantu Puting....



Kul 5.45 dia dan bangun tau... dia nak susu... ok la aku pun bangun wat susu...

lepas minum abis... dia tak mau tido....


ini budak manja nak duduk atas riba mama dia...


ok la layankan jer....


mama perati je perangai dia...





tengok gambo ni dia isap puting warna apa?????? KUNING kan tengok kat tangan dia ada 1 lg...






Cuba tengok yang ni.... PUTIH lak kan?????
(tengok plak kat tangan dia)


Tengok lagi kat mulut dia........ WARNA APA????



Dan Seterusnya..... WARNA APA????

Semuanya aku perati kerenah dia masa duk atas riba.... aku tengok bila ada 2 kat dia.. sebanarnya dua-dua dia nak.. cuma dia isap bersilih ganti.... kejap2 tgk yang ni.. dia nak yg ni.. jap lagi dia tanggalkan dia amik yg satu lagi plak masuk mulut... mikaaa.... mika.... rambang mata rupanya...


Budak ni kan mmg pengisap puting yang tegar... hahahhaaaaa.. gila kuasa.. mmg aku spare kan puting tu.. penah 1 ketika takde puting langsung.. hilang.. dia meraung sampai muntah2.... bukan nak galakkan.. tapi kalau takde dia takleh tido... kalau dia tengah main-main kadang2 dia lupa.. tp kalau nak tido benda tu wajib ada.. kalau tak sampai besok pun tak tido.. dan kalau terjaga takde puting pun tak akan tido balik.........

Tolong... macamana nak buang?? aku plan nak letak asam jawa kat puting dia.. bg dia isap tak sedap.. hihih tp sian pulak ... ahh buat je...

nak kata nanti gigi JONGANG tak tau la berapa peratus yg betul...SEBABnya... mak aku kata aku pun hisap puting sampai UMUR 2 TAHUN... Alhamdulillah gigi aku rata.... cuma mika ni gigi atas dia jarang.. tp nampak ke arah jongang tu mcm tak plak... ishh jangan la kan.. yang pastinya bukan aku sengaja ajar dia puting tp ada sebab....

nanti aku try pelan2 camana nak bg dia lupa puting ni... skrg ni kalau tgh main dia leh lupa cuma nak tido je la dia isap...


Hadiah WaterMark dari Mamarifqy..

Sangat Cute....



Sangat Comel.....



Saya sukerrrrrrrrrrrrrrrrrrr... Tq mama n baba rifqy yg hadiahkan watermark ni kat mamamika...








Ni la dia watermark mickey mouse yg ada tulis mamamika.... ni adalah hadiah KEMENANGAN mamamika dalam contest U& Me together hari raya aritu kat blog mamarifqy.. hadiah penyertaan EARLY BIRD





so lepas ni gambar-gambar mika dalam blog ni akan di temani dgn pic mickey.. mika n mickey is friends....

Tangokla telefon rumah yg mika kerjakan.. actually telepon tu mmg jarang kami guna.. ada pun sebab kami guna streamix dah alang2 ada tepon umah sekali.. tp tepon tu hubby tak tukar2 lg.. tepon tu dah lama menemui ajal (dah rosak...)


Mika sekarang dah pandai.. kalau kita kata hello... dia letak tangan dia kat telinga walaupun takde tepon kat tangan dia....


mamarifqy ni mcm tau2 je mika n mama dia suka mickey mouse.. mika mmg suka sgt mickey mouse lagi2 kalau lagu mickey clubhouse songs tu... barang2 mika pun byk yg barang mickey yang mama beli.. mika mmg sinonim dengan mickey... hehhehehe


TQ SO MUCH MAMARIFQY...



Tido Duduk

Sambil layan tv atas sofa... memula mulut dia bising-bising mcm kucing nak mengawan.. mama bukakan citer cartoon kat disney channel..


pastu mcm pelik apasal senyap jek... sekali tengok....
.
.
.
.
.
.
.
.

Kalau dah ngantuk sgt senang jek tido.. kalau tak mcm nak rak tidokan dia......


lena sungguh dia... waktu ni baru kul 8.15 camtu.... tp jangan harap tido sampai ke pagi.. kul 9 dia dah bangun.. sambung main-main sampai kul 12... haru sungguh dak kecik sorang ni......



Tuesday, October 19, 2010

Minggu yang BZ

pic dr en google

Hwaaaaaaaaaa.. 2 minggu ni sampai 4 nov adalah hari yang paling bz.. everyday meeting...meeting... meeting... pagi td baru meeting kat HQ.. petang ni kat opis pulak.. adoyai... bilanya sempat nak buat perlaksanaan kalau dah asyik meeting jek...

Class student pun dah beberapa hari aku tak jumpa.. sib baik aku dah bg assigment sebelum ni.. tp siapla kalau aku buat kelas depa tak siapkan.. tetiba aku bertukar jd singa lak kang...

banyak benda nak buat.. Lg pulak 2 minggu lg nak buat majlis konvo.. aku kena urus pakaian graduan.. huhuuuu.. letih lerr.. dalam setahun mmg ini rutin kerja aku.... sib baik kat umah mika n hubbyb tak ajak meeting .. hahahha kalau tak time lelap mata je la aku free.. hihiiiii

k daaa.. nak g meeting lg... ngantuk pepetang buta ni meeting weh.....


nak update anak bujang yang makin laju berjalan pun tak sempat.. rindu kat mika...


Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah