




Camwhore, mengikut definisi wikipedia tidak mempunyai maksud yang enak. Namun, rata-rata pengguna internet tegar mengetahui maksud sebenar camwhore, dan tidak perlu kami ulas panjang kerana kami tahu anda memang bijak-bijak belaka. Pagi ini, kami diterjah dengan email pengirim yang mengatakan bahawa Datuk Siti Nurhaliza juga mempunyai hobi camwhore, satu sisi peribadi Siti Nurhaliza yang mungkin orang lain tidak nampak.
U guys r really serious! Camwhore dalam konteks artikel ini bermaksud seseorang yang suka ambil gambar sendiri & upload di Fb atau Twitter. Oh maii!
Empunya wajah cantik ini amat gemar meng-upload gambar di laman twitter sebagai pengubat rindu buat peminat. Selain itu, ramai juga yang merasakan mereka berasa lebih dekat dengan Siti Nurhaliza selaku penghibur no.1 tanah air. Tiada lagi kompromi atau protokol untuk mendekati artis kesayangan mereka. Nah 140 patah perkataan, kemungkinan besar Siti Nurhaliza akan menjawab sahutan anda.
Enjoice koleksi gambar Siti Nurhaliza di Twitter & katakan hi kepada @siti_nur11.
SUMBER dari Oh Bulan
ALOR SETAR, 21 JANUARI 2011: Sejak perkahwinan mereka, nyata kehidupan rumah tangga pasangan Mohd Aidil Zafuan,23 dan Rita Rudaini Mokhtar,34 ini tidak sudah-sudah dilanda kontroversi. Dari perkahwinan mereka di Siam sehingglah kepada penerimaan keluarga sebelah lelaki terhadap menantunya, nyata pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi.
Begitulah perjalanan kisah rumah tangga pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini Mokhtar, 34. Terbaru ialah kes Aidil memfailkan permohonan sulh dan hak penjagaan anak terhadap isterinya. Konflik rumah tangga ini kemudian membawa kepada ketidak hadiran Rita ke majlis akad nikah dan resepsi kembar Aidil, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah.
Ketika ditanya punca ketiadaan Rita ke majlis tersebut, Aidil menjelaskan isterinya tidak dapat hadir kerana sedang sarat mengandung 5 bulan untuk anak kedua mereka.
"Dia kini sedang sarat mengandung anak kedua kami 5 bulan, jadi saya nasihatkan dia untuk berehat saja di rumah di Kuala Lumpur. Tapi Insya Allah untuk majlis resepsi kedua di Paroi, Negeri Sembilan, dia akan hadir kerana jaraknya lebih dekat", ujar pemain pertahanan Negeri Sembilan itu.
Mengulas tentang perkahwinan adiknya pula, Aidil mengharapkan Zaquan dapat menjadi suami yang bertanggungjawab dan menjalan tugasnya sebagai suami sebaik mungkin.
"Saya mendoakan kebahagiaan Zaquan dan isterinya Ayu. Semoga dengan perkahwinan ini dapat mematangkan lagi Zaquan, dia harus ingat dia bukan lagi lelaki bujang seperti dahulu dan tanggungjawab sebagai suami ini berat.
"Sebagai seorang abang saya mendoakan yang terbaik untuk adik saya", jelas Aidil yang begitu syahdu sehingga menitiskan air mata selepas majlis akad nikah Zaquan.
Aidil dan Zaquan akan kembali menjalani latihan bersama skuad bola sepak Negeri Sembilan penghujung bulan ini untuk saingan Liga Malaysia 2011.
sumber SINI